Tuesday, 11 November 2008

dakwah islam yang ingin kubawa....apakah ia...??dimanakah ia...??bagaimanakah caranya...?seronak ke perit...?manis ke pahit...??indah ke buruk...??kuat ke lemah...??baru ke lama...?apa...mengapa...??bagaimana..??..soalan demi soalan di lontarkan...pernahkah anda mencari jawapannya..??kalau ya..??kenapa kamu mencari jawapannya..kalau tidak..mengapa tidak..??tanyalah soalan-soalan ini dalam minda anda..tolong....................................

Tuesday, 4 November 2008

dakwah islam yang ingin kubawa..

Tidakkah kamu melihat tanah yang kering kontang yang disiramkan air keatasnya maka ia segar dan tumbuh-tumbuhan mulai tumbuh dengan subur.
Begitulah umat islam di pertengahan kurun ke 14 hijrah.khilafah pada waktu itu merupakan kesatuan umat islam yang terakhir dimana mereka bersatu atas nama akidah islamiyah. Dan pada ketika itu tanah air islam dirobek dan diceroboh dengan dahsyatnya bawah kuasa-kuasa penjajah daripada Britain,perancis, dan lain-lain sehinggakan belanda yang penduduknya hanya lah beberapa million boleh mentadbir Indonesia yang penduduknya lebih dari sebilion dan telah melemahkan hukum islam dan manusia pada zaman itu telah meninggalkan al-Quran dan membiarkannya lantaran kesan daripada penjajahan. Hukuman-hukuman yang telah direka-reka oleh barat,adat dan gaya hidup barat telah menyelubungi masyarak islam pada ketika itu khasnya golongan yang terpelajar kesan daripada penkuasaan penjajah bahagian pelajaran dan pendidikan maka oleh itu telah lahirlah cendiakawan-cendiakawan yang nama mereka islam tetapi mempunyai ideologi dan cara pemikiran barat.

Umat islam pada ketika itu mengalami pecantuman daripada penjajahan dalaman dan kejahilan yang mendadak kerana ilmu tidak berkembang dan ditambah lagi dengan kemunduran yang brlaku pada zaman itu maka bertambahlah kegelapan dalam kegalapan yang ditimpa umat islam pada waktu itu.

Tetapi Allah telah memelihara al-Quran,memelihara agamanya islam dan mengangkatnya tinggi menjulang berbanding dengan agama-agama yang lain.Allah juga mengkehendaki supaya para pemuda-pemudanya hidup dan mengembalikan ruh islam dan kehidupan kepada jasad umatnya kembali.

oleh itu Allah telah menghantar rijal-rijal untuk mengembalikan islam ini kepada umatnya kembali..kita berharap kitalah rijal-rijal tersebut yang mengembalikan islam pada tempatnya kembali..Allahuakbar................