bismillahirrahmanirahim..segala pujian bagi Allah s.w.t yang mengurniakan nikmat iman dan Islam sebelum nikmat ukhuwah dan kehidupan..selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan seluruh keluarga, para sahabat dan seluruh pengikut baginda sampai ke hari kebangkitan.
terdetik di hati untuk melontarkan beberapa perkara yang menjadi khawatir saya pada kali ini. harap-harap ianya menjadi suatu yang manfaat buat diri ini dan semua sahabat-sahabat.
dewasa ini tekanan terhadap umat Islam terlalu menakutkan kita, Palestin yng sudah sekian lama dijajah oleh golongan yahudi yang melampau, iran yang cuba memanfaatkan dan menaiktaraf teknologinya disekat oleh kuasa-kuasa besar dunia, Iraq dimusnahkan atas nama kebebasan, afghanistan di hancurkan atas nama keamanan dan kemanusiaan, sudan di huru-harakan selepas sebuah negara yang cuba untuk melaksanakan syariat Allah, begitu juga negara-negara arab yang disifatkan pemerintah-pemerintah mereka gila kuasa sampaikan ada yang ingin memerintah dengan kezaliman sehingga menghebus nafas terakhir, rata-rata dunia negara umat Islam huru hara seolah-olah tiada lagi bumi untuk umat islam pada hari ini untuk dipijak, tiada udara untuk bernafas, dan tiada rumah untuk berteduh dari hujan dan panas.
di manakah tempat berteduhnya umat Islam kalau bukan dibawah jagaan dan peliharaan tuhan rabbul izzati, di bawah naungan al Quran yang mukjiz kalam-kalamnya, dibawah satu panji yang disebut dengan penuh Izzah dan karamah Lailahaillah Muhammadurrasulullah. dan juga dibwah payung kasih sayang antara sesama umat Islam.
walau umat Islam pada hari ini yang terbentuk daripada pelbagai ideologi pada hari ini dan kefahaman yang berlainan. tapi saya yakin dengan sepenuh keyakinan tuhan kita adalah tuhan yang satu, nabi kita nabi yang satu, Quran kita quran yang satu, dan musuh kita adalah musuh yang satu.
marilah kita ubah fikiran kita dari pemandangan yang kecil tentang Islam dan kesyumulan Islam kepada keluasan Islam dan kesyumulannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan seluruh manusia dalam dunia ini. inilah yang di ajar oleh ulama-ulama Islam sendiri supaya umat Islam tidak hanya berfikir kepada perkara juzi tetapi perkara kulli dan luas dalam memahami Islam.
di sini akan lahirlah dengan izin Allah penjelasan yang tiada syak lagi bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah satu, iaitu dari kalangan kuffar yang memerangi umat Islam. sama ada puak zionis, kristian mahupun budha. kalau lebih luas lagi ialah kuasa-kuasa barat, seperti perancis, britain, jerman, atau kuasa terbesar dunia iaitu Amerika di bawah pemerintahan Obama, dan sesiapa sahaja yang berdiri di sebalik mereka daripada pemahaman-pemahaman yang cuba merosakkan umat Islam dengan pelbagai cara dan wasilah. ada yang memberi tasykik dan syubhat tentang Quran dan Hadis, ada yang cuba untuk memasukkan unsur-unsur Israiliyyat dalam tafsir, hadis mauduk, pemahaman Islam liberal yang kononnya memburukkan nama Islam dengan menyatakan Islam tidak mengiktiraf hak wanita, lain lagi ialah website-website internet yang membuka lebih dari 1000 halaman web lucah dan filem-filem lucah untuk di halakan siarannya khas kepada negara-negara Islam. begitu juga penindasan politik yang berlaku membuatkan negara-negara umat Islam miskin dan akhirnya rakyatnya terpaksa berfikir tiap-tiap hari untuk mencari rezeki dan lupa terhadap tanggungjawab walau mengucap dua kalimah syahadah. begitu juga tayyarat-tayyarat fikriyah yang datang menjerngah di tengah-tengah negara-negara umat Islam akhirnya ramai sarjana-sarjana umat Islam terkesan dengannya.
oleh itu, siapakah kita perlu perangi dengan habis-habisan?? letakkanlah ukuran yang sebenar-benarnya kepada siapa yang harus digelar musuh supaya kita boleh melawan dan menetang mereka ini. bukankah kita bersatu atas nama Islam, sujud kepada yang satu, berdoa dan meminta kepadanya? mengarah kepada kiblat yang satu, mengikut nabi yang satu? oleh itu musuh kita adalah musuh yang satu seperti yang disebut dan digariskan dalam Al Quran dan sunnah baginda.
waalauallam..