Friday 26 June 2009

khyusyuk tiang solat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

khyusyuk dalam ibadat solat sesuatu yang amat payah utk diperaktikkan, samada solat sunat mahupun wajib. Setuju ?. Namun ianya bukanlah perkara yang mustahil utk dipupuk dalam diri setiap hamba yang beriman lagi bertaqwa. Apa yang perlu utk kita tanamkan dalam diri kita ialah sesuatu ibadat tanpa ada khyusyuk dalamnya adalah seperti debu-debu yang beterbangan di udara tiada nilai baginya.

Seperti yang ditulis di atas khawatir saya pada ini ialah berkenaan dengan khyusyuk dalam solat secara khususnya. Ini kerana, saya melihat ibadat solat merupakan ibadat yang besar kera ianya merupakan tiang agama. Semua sedia maklum bahawa setiap banggunan yang ingin dibina mestilah kukuh tiangnya. Oleh kerana yang demikian Rasulullah s.a.w beersabda dalam sepotong hadis :

الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن هدمها فقد هدم الدين

Ertinya : solat merupakan tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama, dan barang siapa yang telah meruntuhkannya / meninggalakannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Solat juga diumpamakan seperti sebuah kepala daripada sebuah jasad. Perumpamaan ini juga daripada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh imam attabrani dalam masnadnya daripada saidina Umar bin Alkhattab r.a yang berbunyi :

(لا امان لمن لا امانة له ولا صلاة لمن لا طهور له ولا دين لمن لا صلاة له انما موضع الصلاة من الدين كموضع الراس من الجسم )

Ertinya : Tdak ada aman( perjanjian aman ) bagi mereka yang tiada aman baginya, tiada solat bagi sesiapa yang tiada kesucian baginya, tiada agama bagi sesiapa yang tiada menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat daripada agama seperti kepala daripada sebuah jasad.

Selain itu solat juga merupakan perkara pertama yang dihisab pada hari kiamat nanti hari yang tiada manfaat harta atau kekuatan kecuali yang datang menemui Allah dengan hai yang suci bersih. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Anas :

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله، وإن فسدت فسد سائر عمله‏.

Ertinya : perkara pertama yang akan dihitung dengan akan seseorang hamba itu ketika hari kiamat ialah solat, jikalau ianya baik maka baiklah seeluruh amalannya, jikalau rosak maka rosaklah seluruh amalannya.

Oleh itu, saya berharap dapat mencuri penglihatan anda semua bahawa solat merupakan sesuatu yang amat besar dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam Islam.

Apabila sesorang hamba itu menunaikan solat, seringkali terdetik dalam minda fikirannya segala daripada perkara keduniaan mahupun baik ataupun buruk. Maka ketahulilah ianya merupakan was-was syaitan supaya kita lalai dalam melaksanakan solat tersebut. Mungkin kita dapati solatnya sah cukup rukun dan syarat. Tetapi adakah kita khyusyuk dalam menunaikannya. Ini persoalan yang kita perlu sentiasa Tanya dan tersu Tanya dalam diri kita. Solat yang khyusyuk merupakan suatu nikmat yang tidak terperi daripada Allah s.w.t. jikalau para raja dan pemerintah pada masa ini mengetahuinya nescaya mereka akan memerangi kita utk mendapatkannya. Kerana nikmatnya amatlah indah tidak terbayang. Namun saya bukanlah ingin menceritakan tentang halawah atau kemanisan tersebut, tetapi ingin menceritakan salah satu cara utk mencapainya yang terdetik dalam minda saya beberapa ketika dahulu.

Apabila kita berusaha utk mencapai sesuatu dan berdoa bersungguh-sungguh maka Allah akan tunjukkan jalannya dengan mudah. Ini yang saya imani dan yakini dengan sepenuh hati, jikalau tidak cepat maka ianya akan lambat, jikalau tidak lambat maka ia akan cepat datang.

Terdetik dalam diri apabila berdoa semoga dikuniakan khyusyuk dalam solat dan merasai halawah dalam menunaikannya sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama iaitu ketika kita menuanaikan solat setiap pergerakan kita sedarkan diri kita tentang apa yang sedang kita lakukan? kepada siapa yang kita sedang lakukan ? untuk apa kita melakukannya ? tentulah jawapannya : kita melakukannya ibadat solat yang amat besar pahalanya, merupakan tiang agama tercinta ini. Dan juga jawapan kita kepada kepada siapa jawpannya : kepada Allah s.w.t yang mencipta langit, bumi, diri ini , dialah yang memiliki kerajaan di langit dan dubumi kepadanya segala makhluk bertasbih dan dialah yang maha mendengar ,maha pengasih, lagi maha penyayang kepada hamba-hambanya. Apa yang maksudkan disini ialah hadirkan rasa keagungan Allah dalam diri kita. Dan jawapan ketiga saya tinggalkannya kosong utk anda menjawabnya sendiri.

Inilah sedikit khwatir yang ingin dikongsi bersama. Harap kita akan dapat merasai halawah atau kemanisan dalam beribadat terutamanya solat dan merapatkan diri kepada Allah dan sesungguhnya ia merupakan zadd seorang daie yang paling besar.

Walahuallam…….