Saturday, 23 January 2010

alhamdulillah..bersyukurlah sebanyak yg mungkin..

salam sejahtera diucapkan..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad s.a.w.

alhamdulillah kerana masih memberi peluang utk menulis, Alhamdulillah dengan rahmatnya masih lagi boleh menghirup udara yang tanpanya tiada kehidupan, alhamdulillah kerana masih mengalirkan air sungai2 yg membuatkan berjuta2 ummat islam dan bukan Islam boleh hidup tatkala meneguk airnya, alhamdulillah kerana memilih kita sebagai hambanya dan dikalangan hambanya kita orang yang berbakti dan mencurah bakti, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

alhamdulillah kerana Dia adalah tuhan kepada Alam ini, Alhamdulillah kerana dialah yang mentadbir alam ini maka yang soleh mahupun yang fasiq, mukmin ataupun kafir semuanya diberi minum, semuanya diberi bernafas, alahmdulillah semuanya diberi makan dan dapat menikmati nikmat2 lainnya yang tiada bandingannya bila dihitung keindahannya. sungguhnya Allahmdulilah kerana dikau adalah tuhan bagi alam ini ya Allah.


Thursday, 21 January 2010

الكون المنظور والكون المقروء ( alam yg dilihat dan alam yg dibaca )



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiya walmursalin wa ala ashabihi ajmain.

Penulisan pada kali ini berteraskan sedikit pengkajian ilmiyah berkenaan dengan peranan alam dalam pembuktian ke Esaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan manusia dan membekalkannya dengan penambahan2 yg sistematik sehingga boleh menerima, menyampai ilmu pengetahuan dan sebagainya. antaranya ialah akal, pancaindra, anggota badan dan lain2.

Seorang mukmin perlulah mencari dalil tentang kebesaran, keEsaan, kewujudan Allah s.w.t. Apabila menyebut tentang dalil ataupun bukti timbul persoalan apakah cara ataupun wasilah bagi seseorang mengetahui apa2 jua ilmu pengetahuan.

Apabila di soal : Apakah wasilah yg digunakan utk membuktikan kewujudan, kebesaran, keEsaan Allah? Orang islam dan beriaman semestinya akan menjawab wahyu iaitu al Quran. ya, jawapan yg betul!! tetapi adakah hanya wahyu sahaja?? mari kita tadabbur al Quran sebentar.

Surah Arrahman menyarankan wasilah- wasilah ini kepada kita dalam firman Allah s.w.t :

الرحمن . علم القران .خلق الانسان

Apabila diperhatikan ayat yg kedua yg bermaksud bahawa Allah s.w.t mengajarnya ( manusia )al Quran. Ayat yg kedua ini merupakan bahagian pertama daripada jawapan di atas iaitu wahyu atau al Quran yg merupakan الكون المقروء yg bermaksud alam yg boleh dibaca.

Apabila diperhatikan pada ayat yg ketiga Allah s.w.t bersabda : ia menjadikan manusia. di sini lahirlah saranan kedua daripada al Quran utk mengetahui siapakah الرحمن tersebut. sidang pembaca, Menjadikan manusia tersebut merupakan wasilah kedua utk membuktikan ke Esaan, kebesaran Allah s.w.t. Ini kerana, manusia dikira sebahagian daripada alam yg boleh dilihat dan juga dikaji الكون المنظور dan begitu jugalah seluruh alam bumi, langit, bintang, tumbuhan2 dan haiwan2 adalah termasuk dalam alam yg boleh dilihat dan ianya menjadi bukti bagi kewujudan Allah s.w.t terutamanya kejadian manusia itu sendiri.

Maka di sini Allah membekalkan kepada manusia akal yg mampu berfikir dan mengkaji alam ini dalam mencari bukti kewujudan Allah s.w.t selain daripada wasilah yg pertama iaitu dengan membaca al Quran.

Apabila manusia mula berfikir dan terus berfikir pada mengenai alam ini maka manusia akan mula yakin dan terus yakin dengan kebesaran Allah, ke Esaan Allah , KeAgungan maha pencipta kita semua.

contohnya : seekor haiwan atau katakanlah manusia kerana manusia adalah haiwan yg berfikir susunan struktur anggota badan kita yg terdiri daripada kepala, badan, tangan dan sebagainya, susunan yg kompleks tersebut sehinggakan gigi yg disusun rapi gerahamnya dibelakang, taringnya itu semua membuktikan bahawa yg ada yg menciptanya dan yg menciptanya adalah maha Bijaksana حكيم dalam ciptaannya. maka begitulah selruh alam ini ianay perlu dikaji dan digali. sehinggkan ada yg tertanya2 kenapakah Allah menjadikan anjing laut, pengguin yg hanya terdapat di kutub2, ikan2 dalam lautan pasifik seolah2 tiada penggunaannya. tetapi apabila manusia mula mengkajinya maka disitu terbuktilah kebesaran Allah dan sungguhlah Allah berfirman dalam al Quran :

ان فى خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لأيات لألي الألباب

sesungguhya pada penciptaan langit dan bumi, perbedaan siang dan malam merupakan tanda- tanda ( kebesaran Allah ) bagi mereka yg bijak pandai ( mahu berfikir ).

Waalahuaalam. Semoga kita menggunakan al Quran yg di gengam di dalam tangan anda dan juga Akal fikiran utk mencari dan menggali alam ini semoga mendapat keyakinan , keimanan yg tinggi terhadap kewujudan, ke Esaan dan kebesaran , Kebijaksanaan Allah s.w.t.




Tuesday, 19 January 2010

Al Azhar dan manhajnya yg muutadil.



bismillillah..alhamdulillah wasssalatus wassalamu ala asyrafil anbiya wal mursalin..

amat susah dalam seasana exam begini utk menulis sesuatu di halaman ini - x exam pun x tulis gak. hehe - memandangkan keadaan dan situasi sedikit tidak membantu utk mengeluarkan buah akal fikiran. Walaubagaimanapun menulis merupakan hobi yg boleh dijadikan sebagai hobi yg baik ketika akal anda sudah penuh dengan buah fikiran pensyarah yg terkarang dalam buku.

penulisan pada kali ini adalah berkatan sedikit perkongsian yg berlegar berkenaan pembelajaran peribadi selaku penuntut di kuliah usuluddin di Al Azhar.

Al azhar secara umumnya dan kuliah usuluddin secara khususnya pada tahun kedua ini mewajibkan pada pelajar 17 subject yg mesti dipelajari dan ada antaranya yg perlu di hafal seperti Quran secara terperinci adalah seperti berikut.

fasal pertama :

1. khatabah islamiyah
2. ulum quran
3. syubhat haula hadis
4. mantiq
5. falsafah
6. fiiqh muamalat

fasal kedua pula apabila tiba masanya saya akan tulis bila madahnya sudah di tetapkan dan tiada perubahan.

tahun ke2 daripada sudut pandangan saya kuliah usuluddin masih lagi memberi kunci2 ilmu kepada para2 pelajar tanpa mendalami mana2 ilmu.

antara ilmu2 yg baru dalam tahun ke2 ini ialah falsafah iaitu membincangkan tentang falsafah definesi, sejarah, perkatiannya degan ilmu, perkaitannya dengan agama dan juga perkara2 yg menjadi perbicangan asas dalam ilmu falsafah. agak seronok belajar falsafah sehinggakan cara berfikir agak dah berubah sedikit daripada sebelum ini dan saya mula berfikir dengan cara ahli2 falsafah berfikir dan sebgainya.

walaubagaimanapun keadaannya, tidak perlu risau ketika anda menerima ilmu2 dari azhar khususnya kerana azhar dekenali sebagai university yg dekat dengan wasatiah ( pertengahan ) yg di anjurkan oleh islam dan manhajnya dalam pembelajaran adalah manhaj pertengahan yg di anjurkan oleh islam.

semoga Allah memberi kita ilmu pengetahuan yg pertengahan berasaskan kepada manhaj islam dan tidak berpihak2 dengan secara taasub tanpa mengetahui yg mana salah dan yg mana betul. jazakumullah ya Azhar.