bismillah..alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah..
assalamualaikum warahmatullah..
sudah lama agaknya tidak menulis di blog ni..kadang2 ada juga buah fikiran yang ingin ditulis tetapi rasanya belum sesuai dengan keadaan sekeliling..mungkin satu masa nanti insyaalah..seperti tahun lepas, tahun ini juga berlalu dengan cepat sekali menempatkan diri ini di tahun 3 jabatan usuludin kaherah..alhamdulillah..Allah susunkan begitu di mana semua susunan Allah adalah terbaik dengan hikmahnya dan tiada lagi yang terbaik daripada itu walaupun manusia tidak mengetahui rahsia dan hikmah disebalik susunan itu..dia hanya ras seronok dan gembira apabila berjaya dan di kala putus asa dia tidak sekali rasa bersabar dan redha di atas takdir yang terbaik untuknya itu..
2 tahun di mesir mencari ilmu, pengalaman, tarbiyah, hala tuju, hadaf yang jelas utk pulang ke tanah air tercinta dan memandu masyarakat ke arah redha Allah kini merasai bahangnya yang panas dengan ilmu2 yang dicurahkan..terima kasih dan syukur atas segalanya kepada maha kuasa kerana memilih ini tempatnya utk diri ini..namun masih tidak mencukupi rasanya..perlu banyak lagi yang dikejar..
disampiang itu syaitan durjana dan hawa nafsu tidak sama sekali meninggalkan kita terus melangkah tanpa ada tentangan2 yang cukup hebat daripadanya..mungkin itu yang digelar sebagai hambatan2 dan halangan2 dalam jalan..setiap penyakit perlulah dikenal pati dan diubat kalau tidak ia akan merebak dan merobek diri sendiri satu hari nanti..muhasabah dan tangisan dihadapan Allah menjadi pembangkit semangat utk berubah dan perbaiki diri dari masa ke semasa..
apa2 pon sepanjang 2 tahun disini banyak perkara yang saya dapat dan banyak lagi yang belum dapat..harap2 Allah memberi saya petunjuk utk dapatkan apa yang belum dapat insyalah..yg penting jugak kita tahu apa yang kita belum dapat utk didapatkan..