Wednesday 6 October 2010

risalati ila ahbabi

bismillahirrahmirrahim..alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasululillah..

kehidupan manusia dari masa ke masa makin bertambah umurnya. sedar tak sedar kita semua makin tua. namun saya percaya tidak ramai manusia yang menyedari keadaan ini sama ada lupa ataupun dilupakan. itulah hakikat dunia yang hanya menipu ramai manusia yang beriman ataupun tidak beriman. oleh kerana itu saidina omar r.a yang sedar akan hakikat ini berkata dalam kata-katanya yang masyhur hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab.kata- kata yang pendek tetapi mengandungi fiqh kehidupan ini kesemuanya.

penghitungan diri amat penting untuk memastikan kita sentiasa peka dan sedar akan tipu daya dunia itu yang utama. yang lainnya menjadi ikutan selepas itu terhadap diri, ilmu, kerjaya, dan lain-lainya. para sahabat sentiasa sedar akan keaadaan ini oleh kerana itu mereka sentisa mengingati sesama sendiri dalam kata-kata yang masyhur oleh seorang sehabat mari kita duduk sejenak untuk kita beriman.

apa yang berlaku di sekeliling kita menuntut kita lebih peka dan sentiasa mencari penyebab untuk bertambahnya iman. disamping kehidupan daie yang penuh dengan kepenatan dan demi agama Allah ia mesti sentiasa mencari zad2 yang boleh membantunya meneruskan amal ukhrawinya supaya dia tidak tertipu dengan dunianya. jikalau tidak hatinya akan keras dan beku tanpa ada rasa segan. oleh itu segala amalan sunat kena menjadi wajib kepada pemikul2 ini barulah dia mampu menampung amalannya dan seimbangkannya.