Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Coretan kali ini adalah berkisahkan perbualan 2 orang akh yang pada suatu ketika terlalu banyak tugasan-tugasan yang diberikan sehingga letih. Sambil dalam keletihan dua orang akh ini bersembang tercetusnya lintasan iman saya pada kali ini.
Abdul : sungguh penat rasanya kita dalam jalan dakwah ini. Enta rasa apa yang ana rasa dalam fatrah ini?
Malik : ya, ana pon rasa apa yang enta rasa. Mungkin inilah awal jihad kita di jalan Allah. Ujian di medan yang kecil di Mesir ini.
Malik terus sambung lagi : tetapi enta perasan tak? Kita penat ni tak macam penat orang lain bekerja. Selalunya orang bekerja mereka akan tahu suatu hari nanti mereka akan habis dari kerja mereka. Maka mereka tahu kepenatan mereka akan terhenti pada waktu tersebut. Misalnya menjadi guru sekolah kerajaan. Sampai umur 50 lebih mereka akan pencen dan berehat di rumah maka terhentilah penat mereka.
Tetapi penat kita ini, sampai bila pon tak akan terhenti kecualilah kita menghembus nafas terakhir kita. Jadi kerja yang kita lakukan ini lagilah penat sebab tiada penghujungnya di dunia ini berbanding kerja-kerja yang lain. Mungkin inilah ertinya para rijal yang telah pergi, sering mengingatkan kita tentang panjangnya jalan ini dan memohon kepada kita supaya thabat atas jalan ini. Dan juga mereka sentiasa mengingatkan kita perjuangan kita sekarang ini dan jihad kita tatkala ini adalah perjuangan tarbiyah.
Teringat kata-kata syed Qutb r.a : sesungguhnya jalan ini sungguhlah susah, sesungguhnya jalan ini tidak dihamparkan dengan bunga tetapi dihamparkan dengan duri-duri.
Wahai saudara-saudaraku sekalian..
Sesiapa yang menyangka akan berehat suatu hari nanti selepas bekerja kuat sewaktu usia mudanya maka betulkanlah fahaman tersebut. Sesungguhnya, Saidina Abu Bakar Assiddiq r.a antara sahabat yang mula-mula memeluk Islam. Tetapi perjuangannya tidak terhenti selepas kewafatan Rasulullah. Bahkan dalam usianya yang tua, beliau mengambil amanah sebagai khalifah sampailah ke penghujung hayatnya.
Begitulah perjuangan yang sebenarnya, berterusan, tidak megenal penat lelah, hanya berhenti seketika di station minyak untuk mengisi minyak dan teruskan perjalanan semula.
Saya tinggalkan saudara dengan video kalam syed qutb yang sempat di rakam. Semoga bermanfaat.
Wassalam.
Wednesday, 21 September 2011
Tuesday, 20 September 2011
apa yang ku dapat daripada ramadhan
Bismillah..alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah..
Assalamualaikum warahmatullah..
Seperti kebiasaan blog ini mencari makna-makna iman dalam kehidupan harian seorang salik kepada rabnya dan pengajaran kali ini ialah apa yang ku dapat sekitar ramadhan.
Ramadhan al Mubarak telah berlalu hampir mencecah sebulan. namun adakah ianya benar-benar mengajar kita sesuatu pada tahun ini?
Masih segar Ramadhan tahun lepas,antara pengajaran yang paling besar tahun lepas bagi saya adalah thabat dan terus thabat. thabat dalam puasa, tarawih dan qiamulail dan seluruh ibadah dalam bulan puasa. begitu la seorang hamba yang sentiasa mengetuk pintu rahmat tuhannya. lalu saya keluar dari ramdhan tahun lepas dengan azam untuk terus mencari keredhaan Allah dengan thabat iaitu sentiasa melakukan ketaatan moga diterima Amalan. Seperti yang nukilkan kepada kita Hasan al Basri r.a ketika di minta daripada beliau supaya mengambarkan seorang mukmin. Maka beliau menjawab : bayangkan seorang yang karam kapalnya ditengah lautan hanya berpaut kepada sedahan kayu. maka bagaimanakah keadaanya?semestinyalah ia dalam keadaan meminta-minta supaya diselamatkan. maka beliau berkata : begitulah seorang mukmin.
Wahai saudara sekalian..
Apakah pengajran Ramadhan paling terbesar anda pada tahun ini?ada pengajaran atau ianya hanyalah rutin?
Pengajaran yang paling terbesar pada saya tahun ni ialah tadabur alquran. rasa begitu indah dan tingginya alquran dalam kehidupan seorang manusia tatkala membaca, mendengar imam membaca di dalam solat2, seolah-olah quran itu hidup dalam diri kita. Menegur setiap keasalahan diri kita, memberi haluan yang jelas kepada kita, membantu menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi dan lain-lain lagi.
Dan saya rasa itu la tujuan yang Allah inginkan kepada kita dalam kehidupan ini. Quran itu sebagai dustur atau perlembagaan hidup, seluruh kehidupan mukmin dibawah naungan alQuran, dan contoh paing terbesar adalah Rasulullah bila digelar alquran yang berjalan atas muka bumi, seolah-oalah dialah alQuran dan alQuran itulah dia. kerana apa? Kerana alQuran itu telah megarahkan segala kehidupannya.
saudara sekalian..
tiada lebih indah daripada dapat memahami,menghayati dan melaksanakan perintah-perintah Allah dalam alquran. sesungguhnya ianya suatu anugerah daripada Allah.
saya berjanji pada diri saya sendiri untuk mengambil pengajaran ramadhan yang terbesar kepada saya pada tahun ini dan laksanakan betul-betul dalam kehidupan harian.
semoga Allah mengajar sesuatu yang besar kepada saya lagi tahun depan..
anda pula..apa pengajaran terbesar anda sepanjang Ramadahn tahun ini??
Allahumma balighna Ramadhan a'waman wa a'wama..
wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)