Monday, 10 October 2011

Kisah 2 org daie di jalan dakwah.

bismillah wassalatu wassalamu ala rasulillah..

Kisah ini bukanlah kisah mereka yang duduk diam dan tidak beramal, bukanlah kisah mereka yang tidak tahu bagaimana beramal, dan bukanlah kisah mereka yang melebihkan rehat dari beramal. Tetapi kisah 2 orang di medan dakwah yang kedua-duanya beramal dengan kuat dan sentiasa memastikan amal terus berjalan dengan kuat.

Berkata seorang akh kepada saudaranya :

Mengapakah engkau melebihkan amal sekian daripada amal sekian yang lain sedangkan amal itu tidak pernah ada dalam perancangan yang kita tetapkan?. Apa yg ana lihat amal itu tidak patut didahulukan dari amal yang lebih penting.

Maka saudaranya menjawab :

Pada pandanganku amal ini lebih baik dari apa yang engkau fikirkan.

Maka akh yang menegur tadi berkata :

Bagaimana kamu melihat ianya lebih baik dan patut didahulukan dari yang lain?

Menjawab persoalan tersebut saudara yang ditegur itu pon menceritakan apa,mengapa, dan bagaimana dan apa faedahnya untuk dakwah.

Akhirnya akh yang menegur pada permulaan tadi mengakui pentingnya perkara yang didahulukan oleh saudaranya dari perkara yg lain.

Beberapa komentar dalam kisah ini :

1.Kisah ini adalah kisah 2 orang akh yang beramal lalu berlaku perselisihan antara mereka. Maka ia menggambarkan kepada kita sejauh mana baiknya sebuah masyarakat yang sentiasa berbincang berkenaan dengan amal.

2. Sesungguhnya kebanyakan siasah kita dalam beramal adalah mendahulukan aulawiyat. Bukanlah amal yang dibuat oleh akh ditegur tadi tidak baik atau tidak bagus. oleh itu menegur orang yang beramal ada caranya berbeza jauh sekali daripada menegeur orang yang tidak beramal.

3.Niat dalam amal. Berkata ulama niat yang baik perlu ditegur dengan baik. Apa yang dilakukan oleh yang kedua tadi adalah berdasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas kepada Allah.maka ianya perlu ditegur dengan cara yang baik juga. Berhati-hatilah wahai sesiapa yang menegur.sampaikanlah dengan cara paling terbaik.

4.Memberi dan menerima nasihat. Betapa indahnya bersama dengan masyarakat yang sentiasa nasihat menasihati antara suatu sama lain.sesungguhnya mukmin itu cermin bagi saudaranya yang lain.maka saling nasihat menasihatilah antara satu sama lain.

5.Menerima nasihat dan jangan ego ataupon ingin mengatakan benar terhadap kesalahan sendiri.

6.Syaitan dan zhon.dalam amal islami sesiapa sahaja tidak terlepas daripada tarikan syaitan.maka syaitan akan membuat kita sangka macam-macam terhadap akh kita.oleh itu sentiasalah husnu zhon sesama kita.

7.Attabayun.sebaik-baiknya kita tabayun ataupun minta penerangan terus jika berlaku apa-apa kekeliruan. Mungkin apa yang kita sagkakan itu sama sekali salah.

Itu sahaja apa yg ana mampu keluarkan daripada fiqh dakwah yang dapat dikongsi bersama saudara sekalian.

WA.