Sunday, 22 March 2009

solat daku...?


















solat......



Assalamualaikum..sala sejahtera kepada pembaca2 sekalian..khawatir saya pada kali ini ialah berkaitan dengan solat..

Mengapakah kekadang solat kita tidak mengahalang kita daripada melakukan fahsya' dan mungkar?

Jawapan kepada persoalan ini merupakan Khawatir saya pada kali ini..ianya terlintas apabila pergi salat subuh di Masjid pada suatu hari..ketika duduk dalam Saf sementara menunggu muazzin mendirikan solat..terdetik di hati ini..kenapakah agak ramai umat Islam pada dewasa ini menunaikan solat..namun masih berleluasa fahsya' dan mungkar dalam kalangan umat Islam sendiri yang mendirikan solat teruatamanya..bukankah Allah telah berfirman dan al-Quran kitabnya yang mu'jiz mafhumnya : sesungguhnya solat itu menghalang seseorang itu daripada melakukan fahsya' dan mungkar..?

Selepas lama memikirkan perkara tersebut dan meniliti pada realiti kehidupan ini..

Jawapan kepada soalan itu mula datang menerjah dalam fikiran..antara sebab musabab perkara tersebut ialah..

yang pertama : solat tersebut tidak Ikhlas..

Seperti yang kita ketahui bahawa solat secara khususnya dan ibadat2 yang lain secara amnya tidak akan diterima kecuali setelah memenuhi 2 syarat..iaitu..

1. ikhlas kepada Allah..dalam erti kata yang lain melaksanakan solat mahupun ibadat yang lain dengan hanya bertujuan untuk ikhlas untuk mendapat keredaannya..

2. menepati syariat..amal ibadat yang akan diterima Allah mestilah menepati syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad..misal yang mudah ialah solat subuh 2 rakaat tidak boleh dijadikan 3..


yang kedua : sebab yang kedua solat kita tidak menghalang kita daripada melakukan fahsya ialah disebabkan oleh tiada kusyuk dalam solat kita..

Solat ataupun ibadat yang tiada kusyuk dalamnya ibarat jasad tanpa ruh, dunia tanpa cahaya matahari dan bulan, makanan tanpa gula dan garam..dalam erti kata yang lain tiada kemanisan yang dirasa dan tiada rasa hadirnya Allah bersama..

Bagaimana Allah ingin memandang kepada solat yang tidak hadir hati tuannya dari mengingati Allah..?seolah2 menyebut kata2 ( bacaan dalam solat ) yang kita tidak mengerti apa yang kita bilang..seperti melakukan perbuatan ( ruku' sujud dan sebagainya ) yang kita tidak sedari..ianya seolah2 bergerak dengan sendirinya..

Sebaliknya setiap rukun Qauli dan Fi'li dalam solat tersebut mempunyai pengertiannya yang tersendiri..ianya digabung supaya menjadi lengkap dan sempurnanya sesebuah solat..dalam berdiri, ruku', sujud, dan semuanya mempunyai erti yang mendalam mengapa seseorang hamba disuruh melakukannya sebeum ianya perintah yang perlu ditaati..sujud misalnya mengabarkan pengiktirafan seorang hamba kepada tuhannya yang menjadikannya..seseolah menyerahkan dirinya dengan penuh tunduk dan takut..ianya juga mengembalikan rasa betapa kerdinya seorang hamba disisi tuhannya..seolah2 mengiktiraf keagungan dan kekuasan tuhan Rabbul Alamin..

Oleh yang demikian..wahai saudaraku sekalian..kekadang kita semua mendirikan solat lima waktu berjemaah di masjid siang dan malam..tapi akhirnya hari2 dala hidup kita terus berlalu begitu tanpa peningkatan..maksiat dan fahsya' terus dilakukan..jadi kita perlu duduk bersama diri kita renung dan muhasabah kembali diri kita..adakah selama ini kita kusyuk dan ikhlas melakukan ibadah..? dalam erti kata yang lain..adakah solat kita diterima oleh Allah? dan seluruh amal ibadah kita?

Saya memohon doa menadah tangan kepada Allah supaya menjadikan kita dari golongan mereka yang ikhlas dan kusyuk ketika ibadah..amin..semoga dengan penuisan kali ini akan membangkitkan iman diri saya dan para pembaca sekalian..walahuaalam...


Friday, 20 March 2009

HK2 ISMA Mesir 2008 suatu langkah ke hadapan..

Assalamualaikum warahmatullah..kepada pembaca2 sekalin..baru2 ini ISMA mesir telah mengadakan hari kesenian dan kebudayaan selaa sehari bertapak di DMAK ataupun lebih dekenali sebagai Arma oleh penuntut2 Malaysia di Mesir ini..semuanya peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan..masing2 mempersembahkan nasyid, pentomen, dan sebagainya..saya akan memuat naik beberapa gabar dan video untuk tontonan bersama..














mase perasmian..semua peserta menunggu dengan penuh kesabaran untuk bersaing..huh..














kumpulan sirih junjung enyembahkan persembahan nasyid mereka..abg2 maco disitu..hihi...














kumpulan nasyid ISMA mesir di situ..














doctor mawi..haha...doc anas..syahdu berlakon..huhu...














hahaha....po yeye pon ade...siap hiphop lagi tu..














Daie Nada pun ade jugak..mantap gile persebahan mereka mala tu..huhu...

Wednesday, 18 March 2009

AnYTa Anugerah yang indah

anugerah yang terindah pabila bersama Allah yang esa..terasa ingin kekal begitu..tetapi sentiasa ada ujian yang datang melanda..terimalah dan hayatilah dari kumpulan Fatih..AnYTa..anugerah yang terindah....


Sunday, 15 March 2009

ANUGERAH YANG TERINDAH

Salam sejahtera kepada semua..semoga semua berada dalam rahmat dan inayahnya selalu..sudah lama tidak menulis lantaran program2 yang berjalan membuatkan diriku sibuk dan tidak sempat menulis..kali ini khawatir saya ialah berkenaan dengan perkhabaran iman..

Penulisan kali ini hasil daripada penelitian kepada diri sendiri yang lemah ini..lantaran iman ini kekadangnya naik melonjak tinggi dan kekadangnya jatuh merudum..antara tengah2nya pula sesuatu yang tidak pasti..

Ketika iman kita meonjak naik terasanya kitaah makhuk paling bahagia bersama sang penciptanya..terasa ituah anugerah yang terindah dalam hidup..begitu juga rasanya tingin berterusan berada dalam keadaan itu selama2nya..tapi apa kan daya pasti ada halangan, cabaran dan ujian yang Allah tetapkan bagi hamba2nya untuk menguji mereka..sama ada layak utnuk ke peringkat yang seterusnya ahupun kekal di tempatnya yang sama bahkan jatuh lagi..

Namun anugerah yang terindah tersebut jarang sekali bertapak kukuh seperti kukuhnya bukit uhud dalam diri..ianya sentiasa begitu..ahh..rasanya seperti tersepit di ceah himpitan puluhan ribu manusia..rasa resah dan hiang tujuan terus menghimpit diri..

Tetapi Alah s.w.t tidak pernah meninggalkan hamba3nya tanpa pedoman hidup..maha besar Alah s.w.t meninggakan kepada kita solat fardu berjemaah lima waktu untuk membangkit kembali iman hamba2nya..maha suci Allah..sungguhnya Engkau Maha Pengasih kepada hamba2mu..sentiasa menunggu hamba2nya di waktu siang untuk bertaubat hamba2mu yang melakukan maksiat di malam hari..dan menunggu di waktu malam untuk bertaubat hamba2mu yang berbuat maksiat di siang hari..

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang ertinya : jikalau kamu semua kaum yang tidak berbuat maksiat dan bertaubat sejurus selepas itu nescaya Allah akan tukarkan kau dengan kaum yang lain mereka berbuat maksiat dan bertaubat..

Terdetik persoalan di hati..mengapakah Alah mengkehendaki perkara yang sedimikian..?rupa2nya Allah s.w.t amat mengasihi hamba2nya..hanya kita hambanya yang ingin jauh darinya..

Oleh itu..marilah sentiasa kita berdoa selalu kepada Allah s.w.t agar Allah sentiasa member kepada kita petunjuk hidayah untuk kita terus melangkah satu tahap ke satu tahap..ainn ya rabb..semoga penuisan ini akan membantu serba sedikit diri ini untuk meningkatkan keimanan kepanya..aminnn