Tuesday 16 December 2008

kesatuan umat islam..

Kesatuan umat islam..suatu impian yang terbukti pada ibadat haji
Masih belum terdapat walau suatu perhimpunan atau majlis atau perjumpaan yang boleh menghimpunkan kaum muslimin seperti ibadat haji,di mana ibadat haji telah menghimpunkan berjuta-juta umat islam daripada seluruh pelusok bumi utara,selatan,timur mahupun barat untuk menyatupadukan umat islam pada suatu waktu dan tempat. Supaya mereka tawaf di tempat yang sama iaitu masjidiharam,lalu semua mengangkat tangan menyahut seruan tuhan yang maha esa yang tiada sekutu baginya.
Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan barakah di sisi umat islam tidak juga berjaya membuat umat islam percaya betapa pentingnya kesatuan.walaupun pada zahirnya terdapat perhimpunan yang besar dalam bulan Ramadan pada awalnya tetapi perpecahan dalam kalangan umat Islam seolah-olah sudah menjadi suatu kepastian yang pasti dihindari.sesungguhnya kitalah(umat islam) yang menyuruh supaya bersatu dan berpegang teguh dengan islam dengan firman Allah :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا))
Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai. (Ali imran ayat :103)

Fenomena kesatuan umat dalam ibadah haji dan mutiaranya..
Suatu fenomena yang tiada tandingannya lagi yang boleh dilihat daripada pakain seragam yang berwarna putih bersih seolah2 mereka bersaksi beramai-beramai,bersatu padu di hadapan Allah dengan penuh pengharapan supaya mendapat pembersihan,penyucian,dan pembebasan daripada dosa-dosa yang bergelomang sejak sekian lama. Atau keseragaman tersebut seolah-olah seperti suatu suara yang bersatu padu kepada seluruh alam membawa tema kasih sayang dan kesejahteraan Islam kepada seluruh alam.
Pergerakan tawaf yang amat sempurna ke suatu arah yang sama yang tidak mungkin berubah lagi kerana semua maklum jika terlanggar undang-undang kesatuan yang ditetapkan dalam haji bermakna telah terbatal ibadah haji tersebut. Begitu juga, melanggar undang-undang kesatuan umat islam dalam kehidupam merupakan kegagalan bagi umat Islam seterusnya kelemahan dan kehinaan.oleh yang demikian, menyebabkan musuh-musuh telah berjaya menguasai mereka sehingga menyeksa mereka dengan seksaan yang dahsyat seperti yang kita perhatikan berlaku tiap-tiap hari kepada umat islam..
Walaupun amat indah sekali fenomena yang boleh dilihat kecuali keindahan yang sebenarnya ialah terletak pada sebuah permata iaitu kesatuan umat islam.sesungguhnya perasaan yang hadir dalam diri setiap muslim bahawa setiap yang di sekelilingnya ialah saudaranya walaupun mereka bertutur dalam bahasa yang berbeza ataupun negara yang tidak didengarinya, wajah yang kali pertama dilihatnya, tidak mengetahui nama, keluarga atau pekerjaannya atau taraf kemasyarakatannya tetapi cukuplah sekadar dia seorang muslim untuk memberi kasih sayang,kerjasama, persaudaraan, dalam kalangan semua walaupun jauh mana jaraknya dan berbeza bahasanya.
Sesungguhnya itulah merupakan perasaan yang diperlukan oleh seluruh kaum muslimin pada hari ini.mereka amat memerlukannya supaya mereka merasakan persaudaraan dalam kalangan mereka di negara negara yang ditimpa kezaliman dan penindasan seperti Falestin, dan negara yang ditimpa pelbagai musibah setiap hari seperti Iraq.
Sesungguhnya perasaan ini diperlukan oleh setiap muslim untuk berdiri tegak sebelah saudaranya merasakan apa yang dialaminya,lalu dia tidak akan menyeksanya,mengembeling tenaga untuk membantunya,cuba mengurangkan bebanannya tanpa dia perlu kepada sahabat atau saudara yang mengenalinya sebelum ini.cukup sekadar mereka berdua beragama Islam,menyembah kepada tuhan yang satu dan menghala pada kiblat satu.
Kesatuan umat Islam merupakan keperluan yang mendesak
Ibadat haji menyeru seluruh umat islam pada setiap tahun kepada kesatuan dalam kalangan mereka. Ia juga merupakan bentuk pengajian tahunan betapa pentingnya kesatuan umat untuk berhadapan dengan bahaya yang melanda mereka supaya mereka menjayakan apa yang mereka impikan daripada kemajuan dan kemulian.
Haji juga merupakan risalah setiap tahun kepada seluruh kaum mislimin bahawa kesatuan itu merupakan jalan yang pertama dan terakhir untuk menyelamatkan diri daripada perpecahan da porak peranda yang boleh dilihat oleh semua pada hari ini. Dan ia juga merupakan jalan penyelasain yang terakhir untuk keluar dari kelemahan dan kehinaan yang mendatangkan musibah kepada mereka setiap hari.
Kecuali umat islam bertegas tidak mahu menerima dan mengambil pengajaran daripada pengajaran tersebut dan sanggup berjalan beribu-ribu kilometer, mengeluarkan jumlah yang besar daripada harta,menanggung kesukaran dan kesakitan,basah lidah mereka dengan doa-doa dan zikir-zikir dan kembali akhirnya berpecah belah dan tidak juga suka kepada saudarnya apa yang disukainya.
Sesungguhnya umat islam tidak akan bangun bertindak kecuali dengan kesatuan antara mereka. Inilah yang dicapai oleh musuh-musuh mereka sejak sekaian lama maka mereka merancang untuknya dengan rancangan yang rapi sekali. Lalu mereka meletakkan bahan-bahan letupan dalam kalangan umat islam supaya mereka menjadi musuh sesama sendiri. Lalu, sebahagian umat islam menjadikan musuh-musuh Allah sebagai ketua mereka dan ada dalam kalangan mereka sanggup menentang saudara mereka sendiri kerana kemaslahatan dunianya.
Bagaimanakah coraknya kesatuan tersebut?
Ibadah haji mengajar kita kesatuan umat islam akan terlaksana jika niat dalam hati benar dan hati menjadi suci dan bersih seperti putihnya keseeragaman jemaah haji yang putih bersih brkilau.lalu, lahirlah kemaafan sesama sendiri,umat islam saling kasih mengasihi, dan mempunyai perasaan rendah diri dalam kalangan mereka walau apa jua khilaf yang berlaku sesama mereka daripada perselisihan pendapat mahupun cara berfikir.
Ibadah haji jiga mengajar kita kesatuan tersebut tidak akan terlaksana kecuali dengan kita menguatkan hubungan kita dengan Akhirat dan kita semua kembali kepada Allah dengan hati yang penuh pengharapan dan rasa takut dengan Allah s.w.t. Jiwa-jiwa yang meyakini dan menyedari perpecahan akan mendatangkan kemurkaan daripada Allah semoga kita dapat berpegang teguh di bawah panji-panjinya.
Selain itu,ibadah haji juga mengajar bahawa kesatuan tidak akan terlaksana kecuali kita sanggup menanggung segala bebanan kepayahan dan kesusahan,kita mengeluarkan harta-harta kita pada jalan Allah supaya kita membangun bersama dan menentang musuh kita.
Di samping itu, ibadah haji mengajar kita bahawa impian akan tercapai walau mangambil masa yang panjang. Tetapi, mestilah impian tersebut didahului dengan keinginan yang benar dan diikuti dengan pengorbanan dan kerja yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

No comments: