Tiada hari yang Allah mencintai amalan daripada hambanya daripada hari-hari 10 zulhijjah..puasa sehari padanya di kira sebagai puasa setahun..bertahajud semalam pahalanya sama seperti beribahda pada malam lailatul Qadar..diampunkan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang...kita terlalu memerlukan hari2 yg mcm ni ikhwah sekalian..ayuh kita perbanyakkan amal saleh padanya x kira apa jua amalannya walaupun senyum du wajah sahabat kita..semoga hati2 kita semakin dekat dengan Allah yang maha esa..begitu juga bulan zulhijjah ini ialah penutup kerana bukan muharram dibawa buku catitan amalan baru bagi kita..semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang telah lalu dan yang akan datang..siapa yang tidak sempat utk mengaut pahala Ramadan maka masih ada peluang disini..ini merupakan kasih sayang Allah kepada hamba2nya..badiru ya ikhwani..
bismillahirrahmanirahim..segala pujian bagi Allah s.w.t yang mengurniakan nikmat iman dan Islam sebelum nikmat ukhuwah dan kehidupan..selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan seluruh keluarga, para sahabat dan seluruh pengikut baginda sampai ke hari kebangkitan.
terdetik di hati untuk melontarkan beberapa perkara yang menjadi khawatir saya pada kali ini. harap-harap ianya menjadi suatu yang manfaat buat diri ini dan semua sahabat-sahabat.
dewasa ini tekanan terhadap umat Islam terlalu menakutkan kita, Palestin yng sudah sekian lama dijajah oleh golongan yahudi yang melampau, iran yang cuba memanfaatkan dan menaiktaraf teknologinya disekat oleh kuasa-kuasa besar dunia, Iraq dimusnahkan atas nama kebebasan, afghanistan di hancurkan atas nama keamanan dan kemanusiaan, sudan di huru-harakan selepas sebuah negara yang cuba untuk melaksanakan syariat Allah, begitu juga negara-negara arab yang disifatkan pemerintah-pemerintah mereka gila kuasa sampaikan ada yang ingin memerintah dengan kezaliman sehingga menghebus nafas terakhir, rata-rata dunia negara umat Islam huru hara seolah-olah tiada lagi bumi untuk umat islam pada hari ini untuk dipijak, tiada udara untuk bernafas, dan tiada rumah untuk berteduh dari hujan dan panas.
di manakah tempat berteduhnya umat Islam kalau bukan dibawah jagaan dan peliharaan tuhan rabbul izzati, di bawah naungan al Quran yang mukjiz kalam-kalamnya, dibawah satu panji yang disebut dengan penuh Izzah dan karamah Lailahaillah Muhammadurrasulullah. dan juga dibwah payung kasih sayang antara sesama umat Islam.
walau umat Islam pada hari ini yang terbentuk daripada pelbagai ideologi pada hari ini dan kefahaman yang berlainan. tapi saya yakin dengan sepenuh keyakinan tuhan kita adalah tuhan yang satu, nabi kita nabi yang satu, Quran kita quran yang satu, dan musuh kita adalah musuh yang satu.
marilah kita ubah fikiran kita dari pemandangan yang kecil tentang Islam dan kesyumulan Islam kepada keluasan Islam dan kesyumulannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan seluruh manusia dalam dunia ini. inilah yang di ajar oleh ulama-ulama Islam sendiri supaya umat Islam tidak hanya berfikir kepada perkara juzi tetapi perkara kulli dan luas dalam memahami Islam.
di sini akan lahirlah dengan izin Allah penjelasan yang tiada syak lagi bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah satu, iaitu dari kalangan kuffar yang memerangi umat Islam. sama ada puak zionis, kristian mahupun budha. kalau lebih luas lagi ialah kuasa-kuasa barat, seperti perancis, britain, jerman, atau kuasa terbesar dunia iaitu Amerika di bawah pemerintahan Obama, dan sesiapa sahaja yang berdiri di sebalik mereka daripada pemahaman-pemahaman yang cuba merosakkan umat Islam dengan pelbagai cara dan wasilah. ada yang memberi tasykik dan syubhat tentang Quran dan Hadis, ada yang cuba untuk memasukkan unsur-unsur Israiliyyat dalam tafsir, hadis mauduk, pemahaman Islam liberal yang kononnya memburukkan nama Islam dengan menyatakan Islam tidak mengiktiraf hak wanita, lain lagi ialah website-website internet yang membuka lebih dari 1000 halaman web lucah dan filem-filem lucah untuk di halakan siarannya khas kepada negara-negara Islam. begitu juga penindasan politik yang berlaku membuatkan negara-negara umat Islam miskin dan akhirnya rakyatnya terpaksa berfikir tiap-tiap hari untuk mencari rezeki dan lupa terhadap tanggungjawab walau mengucap dua kalimah syahadah. begitu juga tayyarat-tayyarat fikriyah yang datang menjerngah di tengah-tengah negara-negara umat Islam akhirnya ramai sarjana-sarjana umat Islam terkesan dengannya.
oleh itu, siapakah kita perlu perangi dengan habis-habisan?? letakkanlah ukuran yang sebenar-benarnya kepada siapa yang harus digelar musuh supaya kita boleh melawan dan menetang mereka ini. bukankah kita bersatu atas nama Islam, sujud kepada yang satu, berdoa dan meminta kepadanya? mengarah kepada kiblat yang satu, mengikut nabi yang satu? oleh itu musuh kita adalah musuh yang satu seperti yang disebut dan digariskan dalam Al Quran dan sunnah baginda.
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه . اما بعد
setinggi-tinggi pujian di rafa'kan kepada Allah s.w.t atas nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung walaupun seluruh kehidupan di infaqkan untuk menghitungnya
وان تعدو نعمة الله لن تحصوها
selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w yang menyebarkan risalah islam dan mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang menyinari alam an seterusnya membawa rahmat kepada seluruh alam maya
وما أرسلنلك الا رحمة للعالمين
dan juga kepada para sahabat yang diturunkan penyaksian dari langit bahawa Allah telah reda kepada mereka dan juga mereka reda dengannya
رضى الله عنهم ورضوا عنه
an seterusnya kepada para tabien yang berjalan dengan petunjuk daripada Allah dan rasulnya dan kepada mereka yang melalui jalan mereka ini sehinggalah ke hari kiamat. Jadikanlah kami ini dalam kalangan mereka yang meyusuli mereka ya Allah.
أسمى عقائد الايمان معرفة الله وتنزيهه زتوحيده "sesungguhnya akidah keimanan yang paling tinggi ialah mengenali Allah s.w.t dan menyucikannya, dan mengesakannya" inilah kata-kata yang di ungkapkan oleh imam asyahid. Begitu juga hadis Rasulullah s.a.w yang berberbunyi :
أول الدين معرفة الله
sayyid qutub juga dalam khawatirnya tentang al quran mengatakan seluruh alquran tersebut adalah untuk menerangkan, membuktikan, menguatkan kalimah لا اله الا الله . Seorang mukmin perlu sentiasa berusaha menjadikan kalimah ini masuk dan tenggelam di dasar hatinya, kalimah ini masuk dan tinggal dalam diri seorang mukmin dan tiada apa-apa lagi yang dapat menariknya keluar darinya. itulah yang disebutkan keimanan yang mendalam.ia juga digambarkan dengan kalimah itu masuk dalam darahnya dan mengalir ke seluruh tubuh badan dan anggotanya.
daripada itulah akan tergeraknya seluruh anggota dan perasaan untuk melakukan apa suruhan Allah dan meninggalkan segala laranggannya kerana telah lahir cinta kepada Allah s.w.t yang maha agung lagi maha kuasa. dan apa bilan telah lahir cinta maka ketaatan yang tidak berbelah bahagi lagi akan dilakukan oleh aggota dan perasaan pepatah arab berbunyi :
ان المحبوب للمحب مطيع
kerana itu para sahabat telah mengorbankan diri mereka dan seluruh kehidupan mereka kepada Allah tanpa ada kekurangan sedikit pun. ini kerana iman itu telah masuk kedalam hati mereka dan mengalir dalam jiwa dan darah mereka.
dan semua ini hasil daripada tarbiyah madrasah Rasulullah s.a.w selama 13 thn di mekah yang di fokuskan hanayalah untuk menanamkan keilmanan dalam diri para sahabat r.a. sehingga mereka merasakan tiada lagi keindahan dalam dunia ini kecuali melaksanakan perintah Allah s.w.t dan dengan itu mereka menjadi generasi paling hebat yang pernah dicatat sepanjang tarikh.
untuk memeliki sifat seperti para sahabat ini bukanlah dengan cara menghafal perkataan, membuat pengkajian, dan pelajari ilmu itu dan ini. tapi memerlukan kepada jihad yang berterusan, amalan yang tidak putus, dan doa yang sentiasa dipohonkan dan yang penting menikut apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. semau ini memerlukan kepada pentarbiyahan diri sedikit demi sedikit supaya akhirnya iman itu menjadi darah daging dan mustahil sama sekali untuk meniggalnya.
bukanlah untuk menjadi bangsa yang disanjung, atau orang yang dikenali, atau pemimpin di kalangan orang mukmin, tetapi untuk mencari reda Allah s.w.t kerana itulah kemenangan yang paling besar
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين .أما بعد
Pada entri kali ini saya ingin menyeru kepada semua sahabat-sahabat sekalian supaya kita merenung kembali ataupun muhasabah diri kita di hadapan Allah s.w.t yang maha Agung lagi maha Kuasa bacalah kata-kata Omar bin Khatab r.a ini : حاسبوا قبل أن تحاسبوا .
Segala nikmat yang diberikan kepada kita sejak kita dilahirkan sampailah sekarang adakah kita betul-betul gunakannya untuk kita memperhambakan diri kita kepada Allah.
sahabatku yang dikasihi Allah sekalian, sesungguhnya Allah s.w.t mengutuskan kita di atas muka bumi ini hanyalah untuk kita beribadah kepadanya untuk kita perhambakan diri kita kepadanya. Adakah kita sekarang ini boleh sekalipun digelar hamba kepada Allah ? adakah benar seluruh hidup, mati, ibadah kita hanyalah kepada Allah s.w.t sehinggakan kita boleh digelar sebagai hamba kepadanya ataupun segala amalan kita mempunyai tujuan-tujuan lain dan hanya beribadah sekadar melepaskan batuk di tangga ?
Pada zaman jahiliyyah umat manusia menyembah berhala dan selain daripada Allah firman Allah s.w.t :
اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون االله
dan dalam fikiran mereka hanyalah terdapat wang ringgit, wanita, dan takhta sehingga sanggup buat apa sahaja untuk meraihnya. Ada juga yang memperhambakan diri mereka kepada jin dan syaitan untuk meraih kekuatan firman Allah s.w.t : كانوا يعبدون الجن أكثرهم به مؤمنون
. Apa bezanya kita pada zaman ini ? umat islam kini sudah mula tujuan kehidupan mereka asalnya. walaupun mereka menunaikan solat, puasa, zakat dan lainnya daripada syariat-syariat tetapi kehidupan mereka hanya diperhambakan kepada dunia bukan kepada Allah memperhambakan diri mereka kepada manusia untuk dipuji dan disanjung yang Allah sifatkan solat mereka dan ibadah mereka hanyalah dilaksanakan dalam keadaan lalai dan menunjuk-nunjuk firman Allah s.w.t :
فويل للمصللين الذين هم فى صلاتهم ساهون الذين هم يراؤون .
umat islam pada hari ini hanya sibuk untuk mencari wang ringgit, mengejar pangkat dan lain-lainnya seolah-olah wang ringgit itulah tuhannya, seolah-olah pangkat itulah tempat kembalinya. Adakah Allah telah menjadikan selain dari Allah tuhan-tuhan untuk disembah ? firman Allah s.w.t :
أجعلنا من دون الرحمن الهة يعبدون .
Ingatlah wahai sahab-sahabku sekalian, kita akan kembali kepada Allah suatu hari nanti dengan membawa amalan-amalan kita di hadapan Allah, bukanlah Allah akan melihat perselisihan pendapat kita, khilaf-khilaf yang berlaku antara kita, harta-harta yang kita kumpul, pengikut-pengikut yang kita seru kerana pada hari tersebut semuanya akan datang mengadap dalam keadaan seoarang diri dan tiada yang menemaninya selain amalan yang baik atau buruk firman Allah s.w.t :
وكلهم اتيه يوم القيامة فردا
. Pada hari tersebut tiada lagi guna walau harta dan anak-anak kita kecuali amalan, hati yang ikhlas selama ini beribadah dan menyerah segala kehidupannya kepada Allah firman Allah s.w.t :
يوم لا ينفع مال ولا بنون الا من أتى الله بقلب سليم .
wahai sahabt-sahabat yang dikasihi sekalian marilah sama-sama kita didik diri kita supaya dunia ini hanyalah menjadi tempat untuk kita mengutip hasil untuk diri kita ke akhirat nanti. Apa-apa jua yang membawa kita kepada syurga Allah perlu didahulukan daripada ganjara-ganjaran duniawi. Semaikanlah diri dengan sifat taqwa firman Allah s.w.t :
يا أيها الذين امنوا اتقوا الله حق تقاته,
wara' ,zuhud terhadap dunia dan seisinya firman Allah s.w.t :
انما الحيوة الدنيا لهو ولعب وان الأخرة لهى الحيوان
, berhati-hati dalam berkata-kata kerana sentiasa sedar malaikat sentiasa menulis kiri dan kanan firman Allah s.w.t :
ما يلفظ من قول الا لديه رقيب عتيد
. Carilah imu sebanyak yang mungkin kerana ianya membawa kita takut kepada Allah,menegenali Allah, takut akan seksanya dan mengharapkan syurganya firman Allah s.w.t :
انما يخشى الله من عباده العلماء
dan juga sabda Rasulullah s.a.w
من سلك طريقا يلتمس فيها علما سهل الله له طريقا الى الجنة.
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه..أما بعد..
syukur kehadrat ilahi kerana masih dipanjangkan usia dapat bertemu dengan ramadan pada kali ini..dapat merasakan nikmat berada di bulan Ramadan yang semestinya tidak terdapat didalam bulan-bulan yang lain..bersyukur juga kepada Allah kerana menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang sedar akan nikmat Ramadan dan berlumba-lumba untuk mengejarnya..Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang Ya Allah..
namun pemergian Ramadan bukanlah berarti berhentilah amal ibdah kita sepanjang bulan Ramadan..teringat kata-kata seorang ulama yang amat menyentuh hati ini .. ( jikalau engkau beribadah utk Ramadan makan Ramadan berlalu pergi dan jikalau engkau beribadah kepada Allah maka Allah s.w.t sentiasa kekal selama-lamanya..oleh yang demikan nasihat utk diri ini dan para sahabat sekalian marilah kita menjadi hamba kepada Allah s.w.t bukan kepada Ramadan..ingatlah Allah s.w.t sentiasa ada di mana-mana pun jua dan di bila-bila masa..
Ramadan dikatakan sebagai madrasah utk mendidik jiwa dan hawa nafsu kita menghadapi baki 11 bulan yang mendatang..oleh itu sesiapa yang keluar dari bulan Ramadan dan tidak dapat ditarbiyah oleh madarasah ini dan tidak mengambil faedah daripadanya maka rugilah dan menyesallah mereka itu..oleh itu, apa-apa sahaja amalan dalam bulan Ramadan perlu diteruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya kerana ianya bukti kita telah mendapat tarbiyah daripada bulan ini..
amalan-amalan yang saya maksudkan ialah bukan sahaja solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya tetapi juga akhlak-akhlak dan sifat yang Ramadan mengajar kita dan mendidik kita..umapamanya sifat sabar menahan lapar dan dahaga begitu jugak sabar dalam setiap dugaan dan cabaran hidup..sifat ikhlas yang dipupuk dalam bulan Ramadan apabila kita berpuasa di ajar supaya niat kita menhan dahaga dan lapar hanyalah ikhlas kepada Allah. Oleh yang demikian seluruh kehidupan, kematian, ibadah dan segala-galanya hanyalah utk Allah s.w.t..dan tidak lupa juga ketaqwaan kepada Allah yang diajar oleh Ramadan kepada kita melalui puasa dengan kita melaksakan puasa yang merupakan perintah dan meninggalkan makan, minum, syahwat kerana Allah merupakan taqwa kepada Allah kerana definisi taqwa seperti yang ditafsirkan dengan mengikut perintah dan meninggalkan larangan..begitu juga apabila kita telah meninggalkan Ramadan seluruh kehidupan kita adalah melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalakn apa yang dilarang oleh Allah s.w.t..
semoga kehidupan kita dalam 11 bulan yang mendatang ini di isi dengan amalan-amalan yang ditarbiyah oleh bulan Raamadan yang penuh berkat dan rahmat ini..
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة و السلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين. أما بعد
اخوتى فى الله..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أفضل التحيات وأجلها ما يقول الأخ عند اللقاء باخوانه.
أحبابى..نادانى فؤادى ووجدانى مرة أخرى كى أكتب بللغة العربية وخاصة فى هذا الموضوع الذى أعده من أهم الأبواب لاعادة بناء هذه الأمة وسعيا لنهضتها.لا شك كمثل هذه الأبواب يتحدث عنها الكثيرون, ولكن منهم من يتحدث عن الاجابيات ومنهم سلبيات هذا المشروع, ومنهم من يقرها ويسعى اليها ومنهم من يتحداها ويسعى الى خرابها. وأعجب العجاب أننا نرى ممن يتحداها من أبناء المسلمين وأسماءهم أسماء المسلمين.
غايتى من هذ الكتابة أولا لبتغاء مرضات الله, وثانيا تبيين ما هو خير وما هو فيه صلاحا فى هذا المشروع الربانى الخيرى وأيضا مسيرات و ضمانات هذا المشروع باذن الله تعالى.
المشروع الاسلامى الربانى.
ما أقصده بالمشروع الاسلامى أساسها هى كلمة التوحيد وبناءها على بضع كلمات هى : لله , مع الله , الى الله .اذا تكلم فلله , واذا ذهب أو عاد فمع الله واذا سار فالى الله فحياته كلها لله , ومع الله , و الى الله. أليست مشروع خيرى ربانى أيها الأحباب , ما نسعى اليه هو انشاء جيل صالح يقوم باعلاء كلمة التوحيد يسير بالناس الى تنفيذ اوامر الله سبحانه ويوقظ الناس من نومهم العميق , وينتج بعد ذلك بلد , أو قارة , أو عالم ملئ بالخيرات والبركة , ويعيش العالم حتى الحيوانات فى سعادة ورخاء. ويعود الاسلام مجدها وعظمتها , ويعود العام بأسرها تعيش فى أمان كما قال تبارك وتعالى : (( وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا )), وأعظم ما نناله ايها الأحباب هو مرضات الله عز وجل (( رضى الله عنهم ورضوا عنه )).
ضمان هذا المشروع قول الله تبارك وتعالى فى سورة الأعراف : (( ولو أن أهل القرى امنو واتقو لفتحنا عليهم بركات من السماء و الأرض )).و أيضا قوله عز وجل : (( ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير )) (( وعد الله الذين امنو وعملوا الصالحات ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذين ارتضى لهم ))
ضامن و الذى يقوم بتكفل هذا المشروع ألا وهو المولى تبارك وتعالى الذى هو أصدق القائلين وأحكم الحاكمين اذا تكلم صدق واذا وعد ادى واذا حكم عدل. هل من معارض لهذا المشروع الربانى؟؟ ها من متحد يأتى بمشروع هو أفضل وأجل من هذا المشروع العظيم ؟
هيا أيها الاخوة نضع أيدينا فوق بعضها ونستثمر لهذا الموضوع ونشمر أيدينا لها ونبادر اليها.فاليكن كل منا همه الدعوة الى دين الله بكل وسائله المتاحة والعمل لبناء هذه الأمة. و اليتأكد كل منا أن الأمة يحتاج الينا بكل احتياجاتها فالنستجيب ونلبى معا لنجاح هذا المشروع.
هيا معا نقوى علاقتنا بالله , هذا هو سر نجاح هذا المشروع , فمن نرجو سواه , والى من نتوكل غيره.
وأخيرا اسأل الله أن يجعلنا جميعا ممن يعيد للاسلام مجدها وممن يحملون هذه الرسالة فوق أعناقنا.
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
khyusyuk dalam ibadat solat sesuatu yang amat payah utk diperaktikkan, samada solat sunat mahupun wajib. Setuju ?. Namun ianya bukanlah perkara yang mustahil utk dipupuk dalam diri setiap hamba yang beriman lagi bertaqwa. Apa yang perlu utk kita tanamkan dalam diri kita ialah sesuatu ibadat tanpa ada khyusyuk dalamnya adalah seperti debu-debu yang beterbangan di udara tiada nilai baginya.
Seperti yang ditulis di atas khawatir saya pada ini ialah berkenaan dengan khyusyuk dalam solat secara khususnya. Ini kerana, saya melihat ibadat solat merupakan ibadat yang besar kera ianya merupakan tiang agama. Semua sedia maklum bahawa setiap banggunan yang ingin dibina mestilah kukuh tiangnya. Oleh kerana yang demikian Rasulullah s.a.w beersabda dalam sepotong hadis :
الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن هدمها فقد هدم الدين
Ertinya : solat merupakan tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama, dan barang siapa yang telah meruntuhkannya / meninggalakannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.
Solat juga diumpamakan seperti sebuah kepala daripada sebuah jasad. Perumpamaan ini juga daripada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh imam attabrani dalam masnadnya daripada saidina Umar bin Alkhattab r.a yang berbunyi :
(لا امان لمن لا امانة له ولا صلاة لمن لا طهور له ولا دين لمن لا صلاة له انما موضع الصلاة من الدين كموضع الراس من الجسم )
Ertinya : Tdak ada aman( perjanjian aman ) bagi mereka yang tiada aman baginya, tiada solat bagi sesiapa yang tiada kesucian baginya, tiada agama bagi sesiapa yang tiada menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat daripada agama seperti kepala daripada sebuah jasad.
Selain itu solat juga merupakan perkara pertama yang dihisab pada hari kiamat nanti hari yang tiada manfaat harta atau kekuatan kecuali yang datang menemui Allah dengan hai yang suci bersih. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Anas :
أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله، وإن فسدت فسد سائر عمله.
Ertinya : perkara pertama yang akan dihitung dengan akan seseorang hamba itu ketika hari kiamat ialah solat, jikalau ianya baik maka baiklah seeluruh amalannya, jikalau rosak maka rosaklah seluruh amalannya.
Oleh itu, saya berharap dapat mencuri penglihatan anda semua bahawa solat merupakan sesuatu yang amat besar dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam Islam.
Apabila sesorang hamba itu menunaikan solat, seringkali terdetik dalam minda fikirannya segala daripada perkara keduniaan mahupun baik ataupun buruk. Maka ketahulilah ianya merupakan was-was syaitan supaya kita lalai dalam melaksanakan solat tersebut. Mungkin kita dapati solatnya sah cukup rukun dan syarat. Tetapi adakah kita khyusyuk dalam menunaikannya. Ini persoalan yang kita perlu sentiasa Tanya dan tersu Tanya dalam diri kita. Solat yang khyusyuk merupakan suatu nikmat yang tidak terperi daripada Allah s.w.t. jikalau para raja dan pemerintah pada masa ini mengetahuinya nescaya mereka akan memerangi kita utk mendapatkannya. Kerana nikmatnya amatlah indah tidak terbayang. Namun saya bukanlah ingin menceritakan tentang halawah atau kemanisan tersebut, tetapi ingin menceritakan salah satu cara utk mencapainya yang terdetik dalam minda saya beberapa ketika dahulu.
Apabila kita berusaha utk mencapai sesuatu dan berdoa bersungguh-sungguh maka Allah akan tunjukkan jalannya dengan mudah. Ini yang saya imani dan yakini dengan sepenuh hati, jikalau tidak cepat maka ianya akan lambat, jikalau tidak lambat maka ia akan cepat datang.
Terdetik dalam diri apabila berdoa semoga dikuniakan khyusyuk dalam solat dan merasai halawah dalam menunaikannya sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama iaitu ketika kita menuanaikan solat setiap pergerakan kita sedarkan diri kita tentang apa yang sedang kita lakukan? kepada siapa yang kita sedang lakukan ? untuk apa kita melakukannya ? tentulah jawapannya : kita melakukannya ibadat solat yang amat besar pahalanya, merupakan tiang agama tercinta ini. Dan juga jawapan kita kepada kepada siapa jawpannya : kepada Allah s.w.t yang mencipta langit, bumi, diri ini , dialah yang memiliki kerajaan di langit dan dubumi kepadanya segala makhluk bertasbih dan dialah yang maha mendengar ,maha pengasih, lagi maha penyayang kepada hamba-hambanya. Apa yang maksudkan disini ialah hadirkan rasa keagungan Allah dalam diri kita. Dan jawapan ketiga saya tinggalkannya kosong utk anda menjawabnya sendiri.
Inilah sedikit khwatir yang ingin dikongsi bersama. Harap kita akan dapat merasai halawah atau kemanisan dalam beribadat terutamanya solat dan merapatkan diri kepada Allah dan sesungguhnya ia merupakan zadd seorang daie yang paling besar.
bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasullillah..waala alihi wasahbihi waman walah..
amma baad..
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..salam sejahtera kepada semua pembaca2 semoga berada dalam naungan dan inayahnya selalu..
khawatir saya pada kali ini ialah berkaitan dengan selsema khinzir atau dekenali sebagai H1N1 yang enyerang hampir seluruh dunia setakat ini..seluruh dunia telah mengambil langkah berjaga2 utk memastikan bahawa wabak ini dapat dihapuskan..pelbagai usaha dijalankan..namun demikian wabak ini masih lagi tersebar di luar sana..
apakah sebenaarnya wabak ini? dari manakah asal usulnya? kenapakah ia menyerang dunia sekarang ini?
pada penelitian dan hasil pencarian..saya dapati wabak ini ialah antara tentera2 Allah..sesungguhnya pembaca sekalian..Allah telah mula menghantar tentera2nya di atas muka bumi ini kerana telah benyak peperangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas para Ulama2, mujahid2 dan kekasih2 Allah..bukankah Allah telah berfiman :
dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam)
musuh2 Islam telah memerangi dan mengangkat bendera mereka utk menentang Allah s.w.t..oleh itu Allah yang maha besar lagi maha agung menghantar tentera2nya utk melawan..dan ingatlah tidak mengetahui tentera2 yang maha kuasa kecualilah Allah yang maha esa lagi maha kuasa sendiri..dengarlah firman Allah ini :
وما يعلم جنود ربك إلا هو
ertinya :
dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja.
maka H1N1 ini tidak syak lagi ia merupakan tentera2 Allah yang diutuskan utk melawan senjata2 yang dikatakan amat canggih dan moden..manakah ia??adakah ia mampu melawan kuasa Allah..dan lihatlah lagi bukti bahawa H1N1 ini merupakan kuasa Allah iaitu firman Allah lagi :
ياأيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاء تكم جنودٌ فارسلنا عليهم ريحاً وجنواً لم تروها وكان الله
بماتعملون بصيرا
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
lihatlah bagaimana Allah mengutuskan udara yang merupakan tentera Allah..keajaibannya..tiada siapa yang boleh melihat dan..kekuatannya..tiada siapa yang terselamat..
siapakah kamu semua yang ingin melawan tentera2 yang maha Kuasa??
dan kita wahai umat Islam sekalian tidak terkecuali daripada siksaan Allah ini..kerana seseungguhnya Allah apabila menghantar bala tenteranya maka semua tidak terkecuali..
kemanakah kita inginkan melarikan diri selain kembali kepada tuhan yang maha Esa lagi maha kuasa..yang mencipta langit dan bumi ini..?tuhan yang maha Agung lagi maha penyayang..
Ya Allah kepadamulah tempat kami kembali..kepadamulah tempat kami menadahkan tangan kami..sesungguhnya engkaulah tuhan yang Maha mendengar dan menerima doa2 dan taubat hamba2mu..kepadamulah mata2 ini menangis dan tubuh2 badan ini sujud..kerana hanya kaulah yang mampu menyelamatkan kami..Ya Allah..Ya hannan Ya ghafir..
tiada senjata yang paling berguna yang paling mujarab kecualilah bertaubat, bertakwa kembali kepada Allah s.w.t..sesungguhnya dosa2 manusia hari ini kepada Yang maha kuasa tidak terhitung padahal dialah tuhan yang meciptakan mereka..
dan ingatlah kita tidak terlepas dari bencana ini kecuali dengan salah satunya ialah kita membantu dan membela agama Allah..sesungguhnya Allah berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
sesungguhnya pada mutaakhir ini kita semua umat islam seolah2 meniggalkan kuda tanpa penuggannya..pedang, lembing dan tombak tanpa tuannya..tanyalah kepada diri sendiri..apakah usaha2 ku utk mendapat keredaan serta syurga Allah..??
oleh yang demikian sidang pembaca sekalian..
marilah sama2 kita melazimi istighfar dan tubat kita kepada Allah..moga2 Allah menyelamatkan kita daripada bala2 dunia pada hari ini..dan yang pasti utk kita lakukan ialah membela agama Allah..sesungguhnya kitalah umat yang terbaik diatas muka bumi ini..seperti firman Allah :
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Bismillahirrahmanirrahim..bersyukr ke hadrat ilahi yang sentiasa melimpahkan nikmat kepada hamba2nya..selawat dan salam kepada Rasul junjungan s.a.w pemawa risalah agung.
Salam kepada pembaca2 sekalian..sudah lama agaknya saya tidak mencoretkan blog ini kerana sibuk membaca dan mengulangkaji pelajaran lantaran peperiksaan yang bakal menjelang tiba x lama lagi..iaitu peperiksaan kuliah usuluddin tahun 1 pada 10/5 (ujian lisan) dan 16/6 (bertulis)..agak sibuk utk menulis kerana madah ( subjek) pada fasal ini sepuluh semunya..kitab2 manhaj azhar tidak kurang juga tebalnya sekitar 200 ke 300 mukasurat..ada juga yang melebihi 300..
Antara kitab yang menarik perhatian dan rasa seolah2 berkhayal ketika membacanya ialah kitab tasawwuf..tajuknya Tasawwuf Islami jalan dan mereka2 yang telah melaluinya..ianya banyak kepada penyucian hati..membincangkan tentang pengertian tawassuf, seterusnya pengenalan, institusi2,..setersunya pada pembahagian kedua kitab membincangkan tentang maqam2 tasawwuf dan hal2 tasawwuf..perbezaan hal dan maqam..selepas itu masuk kepada tajuk yang amat diminati oleh saya iaitu perbincangan tentang Maqam2 ( perinkat2 )..bermula dengan Maqam taubat yang tiada perbezaan pendapat ulamak pada meletaknya dimana semua ulamak2 tasawwuf seorang yang melalui jalan tasawwuf mestilah sebelum ia meluli jalan yang lain ada pada dirinya maqam Taubat tersebut..seterusnya maqam2 yang lain seperti wara, zuhud, sabar, dan lain2 lagi..dan pada perbincangan setiap maqam ini terdapat pula ayat2 yang berkaitan utk menunjukkan bahawa setiap maqam tersebut mempunyai dalil yand diambil dari al-quran dan sunnah, dan itulah tempat pengambilan tasawwuf yang sebenarnya...dan juga disertakan kata2 ulama2 dan juga kata2 hikmah tentang maqam tersebut..contohnya pada maqam taubat imam al-Ghazali mengatakan taubat ialah makna daripada tiga perkara : ilmu, keadaan, amal..
1.maka dengan ilmu seseorang itu mengetahui dosa2 yang dilakukan dan juga maha besarnya kuasa yang akan membalas atas perbuatan dosanya tersebut..
2. hal pula ialah ataupun keadaan iaitu keadaan seseorang itu setelah ia mngetahui perkara diatas maka dia akan berasa susah hati dan gundah gulana atas dosa yang dilakukan..
3.maka lahirlah dari situ amal ataupun perbuatan..ituitu dengan seseorang itu angotanya bergerak utk meninggalkan perkara tersebut da kembali kepada tuhannya.. Habis perbincangan maqam dan hal..masuk pula kepada mereka2 yang telah melalui jalan ini..iaitu pengenalan beberapa ulama yang terkenal yang pernah melalui jalan ini ketika kehidupan mereka..antara merek ialah FUdail bin Iyadh, Maaruf al-Karkhi, imam al-muhasibi atau muhasabi, ZunNUn al-Masri dan beberapa tokoh yang lain.. Sampai disitu sahaja ilmu tasawwuf dalam kitab usuluddin..
Apabila membaca kitab tasawwuf ini selalu terdetik dihati suatu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh muaaz daripada ibn asakir daripada abu darda :
تعلموا ما شئتم أن تعلموا، فلن ينفعكم الله حتى تعملوا بما تعلمون
Ertinya : belajarlah apa yang kamu kehendaki, maka tidak ada manfatnya daripada Allah kecualilah selepas kamu beramal dengan apa yang kamu pelajari.. Maka, apabila membaca sahaja kitab ini diri ini terasa seperti melayang2 hidup alam tasawwuf yang penuh kesucian hati dan pengabdian diri kepada Allah oleh ulama’ yang melalui jalan ini..apa yang saya ingin kongsikan ialah sesiapa yang pelajari ilmu tasawwuf ini utk pepriksaan maka rugilah sama sekali..kerana di dalamnya terdapat perbagai hikmat dan jalan menuju Allah.. Termasuk juga ilmu2 lain dalam azhar ini..namun demikian terdapat segelintir dari kalangan kita yang mempelajari ilmu2 ini utk menjawab peperiksaan..amat rugi sekalilah baginya..ilmu tafair contohnya sebuah ilmu utk memahami al-Quran dengan keupayaan kita sebagai manusia..sesipa yang membaca kitab2 tafsir dan tidak ada rasa kehebatan Allah dan hanya mencari poin2 utk menjawab dalam periksa teramatlah rugi kerana apabila seseorang itu mempelajari ilmu tafsir setiap kali dia melalui ayat2 yang pernah dilaluinya semasa belajar dia akan mentadabburnya maka disitu lahirlah bibit2 iman dalam hati dan ilmu tentang kalam2 Allah yang maha Agung lagi maha berkuasa..
Dan akhir sekali ialah khawatir imaniyah saya..agak panjang muqaddimah..hanya terasa ingin berkongsi dengan pembaca tentang ilmu2 yang dipelajari.. Khawatir saya pada kali ini terdetik di minda apabila suatu hari termenung memikirkan peperiksaan yang bakal menjelang tiba..semestinyalah setiap orang akan mula utk membaca buku ada yang stdy group, kelas tutorial dan sebagainya di suasana U al-azhar ini..terdetik dihati betapa bersungguh2nya seseorang itu menghadapi peperiksaan yang akan menentukan sama ada ia akan menaiki tahap yang lebih tinggi ataupun kekal di tahap yang sama dan yang menetukannya ialah pensyarah2 selepas Allah s.w.t..
Di sini sedarkah kita juga sedang duji didunia ini? Ujian oleh Allah s.w.t yang menjadikan bumi langit dan seisinya, tuhan maha adil lagi maha bijaksana, yang ditangannya segala takdir berdaya mengubah dan menetap segala takdir..disebut dalam surah ar-Raadu : يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Ertinya : Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan disisinya terdapat ummul kitab ( lauh mahfuz ) Kita berada ditangannya dalam penguasaanya..adakah kita menumpu seratus peratus kepada peperiksaan ini sedangkan kita juga sentiasa diuji dengan iman kita yang naik dan turun..amal ibadah kita, Quran kita dan sebagainya..jadi nasihat saya kepada sahabat2 sekalian iaitu..khususkanlah masa kalian untuk Allah s.w.t..supaya tidak kita mengabaikan ujian iman dan ujian akhirat kita.. Berjayad galnyta bergantung hubungan kita dengan Allah..kerana dia maha Mengatur segalanya..baik hubungan kita dengan Allah baiklah keputusan kita di dunia dan akhirat dan sebaliknya..
Akhir kalam janganlah kita begitu menumpukan urusan peperiksaan dunia dan melupakan urusan akhirat dan ujian yang terbesar nanti di akhirat.. Akhir kata selamat maju dalam peperiksaan yang bakal menjelang..belajarlah kerana menimba ilmu bukan untuk menjawab periksa.. Waalahuaalam bissawab..apa yang baik dari Allah dan apa yang buruk dari kekurangan diri..
الحمد لله وكفى وصلاة وسلاما على عباده الذين اصطفى . اما بعد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .. اعزائى القارئين لهذا بلوج أتمنى لكم أسعد الأوقات واطيب تمنيلتى لكم بالتوفيق والنجاح..
منذ أن مضى هذه الأيم ونفسى يحدثنى كثيرا أن أكتب باللغة العربية..كى أنتفع وأستفيد منها من حين الى اخر باذن الله تعالى خلال ما درسته فى الأزهر من علم اللغة والبيان..
وحين اخر تعارضنى نفسى أن أكتب باللغة العربية بما فيها من رياء وعجب بالنفس..لكن أجدد نيتى من حين الى اخر وأسأل الله أن يعاوننى على ذلك وهو القادر عليه سبحلنه..ولأنها يترتب عليها منافع تعود الى نفسى ونفس القارئ..فأكتب والله المستعان..
وأرجو من عزيزى القارئ أن يعلق عليها كيفما يشاء لأنكم من أهم مصادر ارتقائى فلأنسان منا لا يرى عيب نفسه..
فكلعادة أكتب ما يلعب فى خواطرى من مشاهد ايمانية لأتربى بها وأقدمها لعزيزى القارئ كي ينتفع بها انشاء الله..
فالخاطرة التى دارت حول رأسى خلال هذه الأيام هى عن زاد كل منا كحامل الراية وداعية الى الله سبحانه وتعالى.. وهى خطرت فى بالى حينما شهدتها تتمثل فى حياتى وحياة بعض اخوانى الداعية المخلصين الى الله تعالى...فهي كما ذكرتها حول زادنا كداعية....عندما نعيش فى هذه الأيام ونلاحظ فيها ما يجرى من فساد فى أرض الله سبحانه وتعالى لجأ بعض منا الى وجوب اصلاح المجتمع.. فأخذوا من أفكار سليمة نبعت من بيت النبوة من سيرته ومناهجهووسائل عديدة اتخذت من ايجابيات الحديثة التى نجحت فى تجرباتها..فبدأ كل منا سير دعوته..
فمن سنن الله فى خلقه أن يتعرض لكل منا أثناء سيره من ابتلائات ومصائب كى يبتليه الله ايمانه واخلاصه فى العمل..فمنهم من سقط ثم رجع وأناب ومنهم من نجحوا ولله المن والفضل..لكن هذا الأمر ليس موضوع حديثى , فهذا الموضوع يحتاج الى مقام أخرى نذكرها باذن الله..
فالذى خطر فى بالى هو أننا أحيانا نفنى فى أعمالنا الدعوية حتى اناء الليل وأطراف النهار..ونهتم بحبلنا مع الناس وننسى حبلنا مع الله..فالله أحق الينا من اي شئ سواه..أليس كذالك ؟؟ فالرسول صلى الله عليه وسلم حين أمره الله بالرسالة أمره لقيام الليل وهيأه بذلك لأنها أمر عظيم الشأن..ولا غريب من شأن الحبيب المصطفى صلى الله عليه وسلم حين يقوم الليل حتى تتورم قدماه لأنه صلى الله عليه وسلم قائد الأكبر لهذه الرسالة ويحمل فوق عنقه العبئ الثقيل..فمن حقه أن يرجع الى ربه ويحتمى اليه دائما..
وأريد أن أسال نفسي واياكم أين لنا من هذه الزاد اذا كنا ندعى أننا من حاملى الراية؟؟..لا أخص هنا بقيام الليل فحسب وانما سائر العبادات .. فمن أهمها صلاة الصبح وقيام الليل..فلو أن كل منا يعمل حتى منتصف الليل فاليتأكد من عدم تركه لصلاة الصبح لعظم ِشأنها..
فالذى اقترحه على نفسى واخوانى القارئين أن يقسموا حياتهم اليومية الى عدة تقسيمات..ويخصص تقسيمه منها الى الله جل وعلى كي يتيح له الفرصة أن يؤدى صلاة الصبح وأن يقوم الليل..فلا يفوته ذلك دائما قدر ماستطاع.. فرحم الله من قال : ( انى لو نمت بالنهار قطعت حبلى مع الناس..ولو أنى نمت باليل قطعت حبلى مع الله!! ) فنتوب اليك ونستغفرك يا الله على قصورنا فى اداء حقك..
ايها الأخوة فالنراجع انفسنا ونحاسبها قبل أن نحاسب ونقف أمام الله..
وأخيرا أسأل الله الظىم أن جعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه..