الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه . اما بعد
setinggi-tinggi pujian di rafa'kan kepada Allah s.w.t atas nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung walaupun seluruh kehidupan di infaqkan untuk menghitungnya
وان تعدو نعمة الله لن تحصوها
selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w yang menyebarkan risalah islam dan mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang menyinari alam an seterusnya membawa rahmat kepada seluruh alam maya
وما أرسلنلك الا رحمة للعالمين
dan juga kepada para sahabat yang diturunkan penyaksian dari langit bahawa Allah telah reda kepada mereka dan juga mereka reda dengannya
رضى الله عنهم ورضوا عنه
an seterusnya kepada para tabien yang berjalan dengan petunjuk daripada Allah dan rasulnya dan kepada mereka yang melalui jalan mereka ini sehinggalah ke hari kiamat. Jadikanlah kami ini dalam kalangan mereka yang meyusuli mereka ya Allah.
أسمى عقائد الايمان معرفة الله وتنزيهه زتوحيده
"sesungguhnya akidah keimanan yang paling tinggi ialah mengenali Allah s.w.t dan menyucikannya, dan mengesakannya" inilah kata-kata yang di ungkapkan oleh imam asyahid. Begitu juga hadis Rasulullah s.a.w yang berberbunyi :
أول الدين معرفة الله
sayyid qutub juga dalam khawatirnya tentang al quran mengatakan seluruh alquran tersebut adalah untuk menerangkan, membuktikan, menguatkan kalimah لا اله الا الله . Seorang mukmin perlu sentiasa berusaha menjadikan kalimah ini masuk dan tenggelam di dasar hatinya, kalimah ini masuk dan tinggal dalam diri seorang mukmin dan tiada apa-apa lagi yang dapat menariknya keluar darinya. itulah yang disebutkan keimanan yang mendalam.ia juga digambarkan dengan kalimah itu masuk dalam darahnya dan mengalir ke seluruh tubuh badan dan anggotanya.
daripada itulah akan tergeraknya seluruh anggota dan perasaan untuk melakukan apa suruhan Allah dan meninggalkan segala laranggannya kerana telah lahir cinta kepada Allah s.w.t yang maha agung lagi maha kuasa. dan apa bilan telah lahir cinta maka ketaatan yang tidak berbelah bahagi lagi akan dilakukan oleh aggota dan perasaan pepatah arab berbunyi :
ان المحبوب للمحب مطيع
kerana itu para sahabat telah mengorbankan diri mereka dan seluruh kehidupan mereka kepada Allah tanpa ada kekurangan sedikit pun. ini kerana iman itu telah masuk kedalam hati mereka dan mengalir dalam jiwa dan darah mereka.
dan semua ini hasil daripada tarbiyah madrasah Rasulullah s.a.w selama 13 thn di mekah yang di fokuskan hanayalah untuk menanamkan keilmanan dalam diri para sahabat r.a. sehingga mereka merasakan tiada lagi keindahan dalam dunia ini kecuali melaksanakan perintah Allah s.w.t dan dengan itu mereka menjadi generasi paling hebat yang pernah dicatat sepanjang tarikh.
untuk memeliki sifat seperti para sahabat ini bukanlah dengan cara menghafal perkataan, membuat pengkajian, dan pelajari ilmu itu dan ini. tapi memerlukan kepada jihad yang berterusan, amalan yang tidak putus, dan doa yang sentiasa dipohonkan dan yang penting menikut apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. semau ini memerlukan kepada pentarbiyahan diri sedikit demi sedikit supaya akhirnya iman itu menjadi darah daging dan mustahil sama sekali untuk meniggalnya.
bukanlah untuk menjadi bangsa yang disanjung, atau orang yang dikenali, atau pemimpin di kalangan orang mukmin, tetapi untuk mencari reda Allah s.w.t kerana itulah kemenangan yang paling besar
رضى الله عنهم ورضوا عنه ذلك الفوز العظيم
waalahuaalam..
No comments:
Post a Comment