Wednesday, 30 June 2010

politik dan peranan anda..

bismillahirramanirrahim..alhamdulillah wasallatu wassalamu ala rasulillah..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah exam kat Mesir ni rata2 semua dah habis..pelajar2 kat mesir ada yang sibuk berjalan sana dan sini, balik Malaysia, start kelas2 talaqi di masjid Azhar dan sebagainya..

kali ni saya ingin kongsikan tentang politik sikit..sebelum tu saya suka utk menerangkan yang politik adalah salah satu bahagian yang Islam pentingkan tetapi bukanlah segala2nya dalam Islam..so..saya suka kaji politik tapi saya rasa belum masa utk saya masuk politik di suasana umat Islam yang tenggelam di arus dunia..ni mungkin pendapat peribadi..anda boleh setuju dengan saya dan boleh tidak setuju dan juga boleh bincang dengan saya kalau ingin tahu lebih lanjut tentang pendapat saya ini..

politik dunia Islam hari ini hambar dengan diamnya kuasa2 umat Islam utk mempertahankan nama Islam di merata dunia..umat islam pada hari ini di tindas di, di, macam2 saya tak perlu sebut rasanya semua orang arif tentang perkara ini..yang menjadi tanda soal sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini..?

ada yang menjawab mengatakan yang memerintah sekarang ini bukanlah orang Islam yang sebetul2nya Islam..oleh itu politiknya didirikan atas dasar memisahkan agama dari dunia dan ramai yang menjawab terdiri atas asas ini..jawapan tersebut ada betulnya..

tapi yang menjadi tanda soal kenapa mereka yang bergelar betul2 Islam tidak boleh memerintah? ada yang menjawab pilihan raya di jalankan atas dasar penipuan dan sebagainya..namun, soalan ini memerlukan pengkajian dan pemerhatian yang mendalam..saya tak berniat nak menjelaskan perkara tersebut di sini..tapi mungkin anda boleh berbincang dan bertukar pendapat dengan saya..saya alu2kan perbincangan..mungkin post2 yang seterusnya saya akan cuba menulis tentang itu walaupun ianya agak berat memerlukan pengkajian sirah Rasulullah dan sebagainya..

kali ini sekadar saya ingin kongsikan dari sudut amalinya apa yang kita boleh lakukan utk perjuangkan Islam walau kita x dapat nak menakluki pemerintahan dan menyumbang utk Islam dari sudut ketenteraan dan sebagainya..

antara yang kita boleh sumbangkan ialah..

1. tingkatkan potensi diri walau di bidang apa yang anda ceburi..saya pelik dengan sebahagian rakan saya yang tak ingin belajar tinggi2 hanya cukup sekadar peringkat diploma atau ijazah..jikalau anda mampu maka anda perlu teruskan..sebenarnya umat Islam hari ini memerlukan mereka yang berjiwa besar dan berwawasan dan bermatlamat yang tinggi..teringat kata2 seorang pejuang Hamas yang sudah Mati syahid :

الاسلام عظيم لا يحمله الا العظماء فكن من العظماء

maksudnya Islam itu agung dan tidak boleh memikulnya kecuali mereka yang agung ( berjiwa besar dan sebagainya sifat mereka yang agung ) maka jadilah kamu di kalangan mereka yang agung..

2. mendirikan Islam di dalam diri kamu nescaya akan tertegaknya Islam di negara kamu..kata2 seorang mujahid yang pemikirannya adalah jika kamu ingin mebangunkan Islam kembali kamu dahulu perlu mendirikan Islam dalam diri kamu..seterusnya orang sekeliling akan terkesan dan jika semua orang yang memahami Islam mengamalakan Islam yang betul dalam diri mereka dalam kalangan keluarga mereka nescaya Islam akan bangun suatu hari nanti..

3. menbentuk diri supaya tidak cinta dunia dan takut utk mati..dua wabak ini disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis menceritakan keadaan umat akhir zaman yang ramai akhirnya dilanda penyakit ini..

4. menghidupkan masjid di kawasan rumah anda. semua boleh menghidupkan masjid di kawasan rumahnya..kalau tak mampu utk ajak orang lain anda sendiri pergi ke Masjid pada setiap waktu utk mendirikan solat..ini kerana, zaman Rasulullah s.a.w masjid2 akan penuh dengan manusia tanda manusia mengingati Allah berbeza dengan kita hari ini..

5. menyebarkan tentang tanggungjawab umat Islam pada hari ini yang dilupakan daripada tanggungjawab manusia dengan tuhannya dan juga antara sesama muslim yang bersaudara yang menuntut seorang itu beribadat dan menyerah diri kepada Allah dan juga membantu dan menolong umat Islam yang di zalimi..

6. banyakkan berdoa.. sebab doa itu ialah senjata mukmin..

7. boikot barangan2 amerika dan israel dan meninggalkannya sama sekali..

8. menyertai mana2 kumpulan yang ingin menhidupkan Islam dan jangan berdiam diri dan seorang diri..

dan lain2 banyak lagi yang kita boleh laksanakan sebagai individu Muslim..kalau diperhatikan jikalau semua orang melaksanakan perkara2 yang di atas sebenarnya kita telah banyak membantu Islam dan muslimin di dunia..cumanya perlukan kita beramal dan melakukannya dengan seikhlas hati..selamat beramal dengan 8 perkara di atas yang saya cuba kongsikan bukan terkumpul kepada 8 tetapi banyak lagi..

dan yang pentingnya umat Islam hari ini memerlukan anda yang berjiwa besar.......

catatan : ikram
mood : lepas exam..

Tuesday, 22 June 2010

Amru Ibn Al Ass

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah wasslamu ala rasulillah..

khawatir imaniyyah kali ini.. saya kongsikan tentang satu hadis yang muqarrar pada saya tahun ni dam subjek Hadis tahlili..saya tak ingin menceritakan tentang semua hadis tersebut..saya cuma akan ambik beberapa point utk dikongsikan bersama..

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim r.a..menceritakan tentang kepentingan haji..tapi bukan tentang kepentingan haji tu saya ingin kongsikan..tapi berkaitan dengan kematian..

Hadis ini menceritakan hujung2 kehidupan seorang sahabat yang mulia yang banyak berjasa kepada Islam iaitu Amru Ibn Al Ass..

Ketika sampai masa akhir kehidupan beliau..beliau menangis..dan begitulah para sahabat apabila tiba saat tiba kematian mereka akan menangis..tapi bukanlah kerana sedih meninggalkan dunia..Amru ibn al Ass di Tanya oleh anaknya Abdullah ibn Amru kenapa dikau menangis wahai ayah..bukankah Rasulullah telah menjanjikan syurga buatmu..

Amru ibn al Ass menjawab : aku telah melalui 3 keadaan dalam hidupku ini..

Pertama : ketika aku masih belum memeluk islam..pada masa itu aku paling benci kepada Rasulullah dan aku berharap aku dapat membunuhnya..jikalau aku mati dalam keadaan itu..maka nerakalah bagiku

Kedua : seterusnya aku diberi hidayah dan memeluk islam maka Rasulullah orang yang paling aku sayangi dan cintai..aku sangat berharap dapat mati dalam keadaan itu maka aku berharap aku salah seorang dari ahli syurga..

Ketiga : sekrang ini aku berada di beri pemerintahan di sana dan disini aku tidak tahu apakah keadaannya ketika ini..jikalau aku mati maka tanamlah aku seperti manusia yang lain..

Pengajaran..

- Amru Ibn al ass seorang sahabat yang banyak berjasa terhadapa Islam di saat2 akhir kematian beliau takut akan kematian tersebut dan api neraka Allah..

- Amru Ibn Al Ass menunjukkan contoh yang baik dalam bermuhasabah diri..

- Kita patut bersyukur jilakau masih berada dalam ketaatan dan perlulah kembali jikalau berada dalam kemaksiatan kerana mati itu dating bila2 masa sahaja..klau kita mati dalam keadaan ketaatan kepada Allah maka bergembiralah..

- Jikalau kita berada dalam ketaatan kepada Allah..bencilah utk kembali kepada keadaan dahulunya setelah Allah memberi hidayah kepada kita dan kita dapat kembali..

- Jangan sesekali cuba mencari balik zaman di mana kita berada dalam kemaksiatan kepada Allah..sedarlah Allah telah selamatkan kita dari itu..

- Saya melihat ada orang yang Allah telah selamatkan dia kemaksiatan lalu dia ingin juga kembali ke keadaan tersebut..

- Mohon ampun terhadap dosa2 lalu..

- Janganlah kita sesekali merasa aman daripada siksaan Allah s.w.t walau seketika..segeralah bertaubat dan mohon ampun..

Mungkin itu beberapa pengajaran dari hadis tadi..yang penting sama2 kita amalkan..paling kurang kita muhasabah diri kita di manakah keadaan kita sekarang ini..klau dalam kemaksiatan maka sampailah masanya utk kita kembali..
Dan janganlah sesekali mengimpikan utk kembali kepada kemaksiatan setelah Allah selamatkan kita daripadanya..

Semoga bermanfaat..

Written by : ikram

Sunday, 13 June 2010

risalah Rejab

Risalah awal rajab..kepada seluruh kaum muslimin..
Bismillahirrahmanirrahim..alhadmuliilah wassalatu wassalamua ala rasulillah wa ala alihi wa sahbihi waman walah..
Hari ini tiba lagi bulan rejab..setelah 21 tahun dalam hidup ini terasa ingin menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Banyak peluang dilepaskan pada tahun2 yg lalu. Tahun ini azam baru diikuti niat yg baru utk mempertingkatkan lagi bulan ramadhan tahun ini..
Kenapa saya menyebut tentang rajab. Sebab pada bulan rajab Rasulullah s.a.w sentiasa menyuruh kita berdoa
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Maksdunya : ya Allah berkatilah kami dalam bulan rajab dan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Marilah sama2 kita memohon supaya ditemukan dengan dengan bulan Ramadahn al Mubarak. Bulan yg Allah khususkan kepada umat Muhammad s.a.w supaya mereka kembali kepada tuhan mereka selepas setahun bergelomang dengan pelbagai maksiat itu dan ini.
Madrasah ramadhan memerlukan kepada penyediaan utknya sebagaimana kita bersedia pada awal tahun utk ke sekolah dengan baju sekolah, kasut beg dan sebagainya. Persediaan kepada Ramadahan perlu bermula awal supaya kita boleh mendapat pahala atau pangkat yang tinggi setelah Ramadhan berlalu pergi..oleh itu tersebut dalam riwayat bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada bulan Rajab dan Syaaban. Ianya sebagai persediaan utk menghadapi Ramadhan. Apabila tiba Ramadhan janganlah kita baru bermula utk menolak gear satu..tapi kita sudah mula bergerak dengan gear 3 supaya di hujung ramadhan nanti kita mampu sampai ke gear yang ke lima dan yang paling tinggi..
Ramadhan adalah peluang Allah kepada kita. Kalau Allah terus menyiksa kaum2 dulu apabila mereka melakukan kezaliman dan kefasadan maka umat Muhammad di tangguh azabnya. Maka Anggapalh penangguhan azab tersebut dengan Allah memberikan kepada kita melalui Ramadan dan dapat berpuasa padanya supaya kita dapat kembali kepada Allah kembali. Dan ingatlah jika Allah mengazab maka azabnya amatlah pedih.
Maka saya menyeru diri saya dan semua pembaca supaya kita mengambil niat dan azam yang baru utk Ramadhan tahun ini Dan bersedia mula dari bulan Rajab ini. Dengan penuh penyerahan diri keinsafan dan tawadhuk kepada Allah.
Apa yang saya cadangkan supaya ianya tidak menjadi kalam teorai semata2.
1. berpuasa paling kurang seminggu sekali Isnin atau khamis sapa yang menambah maka utk dirinya.
2. Solat tahajjud seminggu sekali pada bulan rejab ini.
3. Bermula utk membaca alquran sejuzu’ sehari dan sentiasa tingkatkan setiap seminggu.
4. Setiap hari bersedekah walau 25 sen.
5. Menjaga solat jamaah di masjid.
6. Menjaga solat sunat rawatib.
7. Beriadhah utk menjaga stamina badan.
8. Cuba mengurangkan pemakanan sedikit demi sedikit.
Dan lain2 lagi kebaikan dan ketaatan yang kita boleh lakukan. Sentiasalah mengajak rakan2 dan teman2 utk bersama2 kerana siapa yang menunjukkan satu kebaikan itu solah2 ia melakukannya.
Wahai saudaraku sekalian..apa yang kita inginkan ialah kita masuk syurga Allah bersama2 dengan amal taat kepada Allah s.w.t. dan ramadhan merupakan peluang yang terlalu besar kepada kita. Marilah kita bersedia utknya dari sekarang awal rajab.
Akhir kalam..semoga Allah sampaikan kita kpd bulan Ramadhan almubarak dan lalilatulqadr..aminn ya rabb..
Catatan : ikram..
Mood :happy Ramadhan..

Friday, 11 June 2010

kematian satu peringatan..

Bismillahirahmanirrahaim..alhamdulillah..wassalatu wassalamu ala rasulillah..waala alihi wasahbihi waman walah..
Asslamualaikum dan selamat semua..
Ada sahabat saya saif tulis dekat facebook yang hari ini merupakan ulang tahun kajadian ain sukhnah. Seorang di kalangan mereka telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian itu menemui Rabbul alamin. Dan pada hujungnya dia tulis..jadikanlah kematian itu sebagai peringatan..
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut :
كفى بالموت ذكرا
Maksdunya : cukuplah kematian itu sebagai peringatan.
Hadis yang cukup2 mendidik manusia dalam hanya 3 perkataan. Kelangsungan daripada hadis tersebut seribu suatu pengajaran. Tapi adakah mereka yang ingin mengambil pengajran tersebut?
Baru2 ini saya mendengar ceramah oleh ust amru Khalid. Dia menyebut tentang kematian2 yang mudah yang kita semua berharap utk menjadi sepertinya.
Antara contoh kematian2 tersebut ialah kisah kematian sahabat aljalil Bilal ibn rabah alhabasyi. Ketika saat baginda nazak dan sudah tidak terdaya menuggu kematian. Isterinya menangis dengan penuh kesedihan atas keadaannya itu. Lalu bilal menjawab : jgn lah menangis. Tapi gembiralah dengan sepenuh hati lalu dia berkata :
غدا ألقى الأحبة محمدا وصحبه
Mksdunya : besok aku akan berjumpa dgn mereka yang aku cintai. Muhammad dan para sahabatnya.
Dan satu contoh lagi daripada kisah2 sahabat x ingat nama sahabat tersebut tapi kisahnya ketika saat2 kematian dan tgh nazak dia menangis. Lalu hadirin di sekeliling pon berkata jgnlah dikau menangis. Lalu dia menjawab : aku bukan menangis keranan sedih utk meniggalkan dunia ini. Tapi sedih kerana akan meniggalkan solat malam dan membaca al quran.
Jawapan yang amat membuat hati sesiapa sahaja yang beriman tersentak menangis dan tidak mampu di hadapannya. Dan kisah2 para2 ulama yang meniggal dalam keadaan sedang bersujud iaitu abdul hamid kisyk rahimahullah seorang khatib dan daie besar di mesir yang sentiasa memperjuangkan hak dan menjatuhkan yang batil.
Benak hati ini sentiasa tersentak dgn kisah2 kematian yg seperti ini. Terasa sangat2 jauh dengan mereka apatah lagi ingin mati seperti mereka. Dalam keadaan tenang dan damai. Perjuangan yang mengandungi seribu satu maksud yang tersirat. Semuanya d serahkan kepada Allah tanpa ada secebis daging yang memikirkan selain reda Allah s.w.t..
Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Sebuah hadis lagi yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w seorang arab badawi bertanya bilakah berlakunya hari kiamat dan keadaan hari kiamat. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab. Janganlah bertanya tentang bila dari kiamat dan sebagainya. Tapi tanyalah dirimu apa yang kamu sediakan utk menghadapinya.
Semoga Allah mengubati hati2 yang keras ini dan mengembalikannya kepada tuhannya..aminn ya rabb..
Catat oleh ikram..
Mood : sedih..huhu..

rasulullah..contoh khayalan atau hakiki


bismillah..alhadmulillah..wassalatu wassalamu ala rasuluillah..waala alihi wasahbihi waman walah..

Assalamualaikum dan semoga di berkati Allah sentiasa..


penulisan kali ini terhasil dari pembacaan kepada sebuah buku..qabasat haularrasul yg saya terjemahkan sebagai cetusan2 sepanjang perjalan Arrasul..di karang oleh ustaz muhammad abg kepada ust sayyid..dalam muqaddimah beliau yg panjang..beliau menyentuh tentang Rasulullah s.a.w..dan perkara yg di titikberatkan dalam penulisannya tentang rasulullah sa.w. ialah berkenan dgn peribadi baginda s.a.w yang merupakan contoh agung dari Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia..


perbincangan beliau sebenarnya agak panjang, saya hanya akan meringkaskan dan mengambil point yang rasa penting utk disampaikan..


antara point besar yg beliau sampaikan dan amat2 menyentuh hati, jiwa dan perasaan dan sebenarnya membetulkan sedikit kekeliruan dan menetapkan lagi kefahaman ialah adakah Rasulullah s.a.w itu sebagai manusia yg merupakan contoh yg agung yg manusia boleh ikuti ataupun hanayalah sebagai khayalan dalam minda manusia dan ianya amat mustahil utk mencontohi baginda s.a.w..


beliau ada menyebut dengan penuh kesedihan bahawa ramai yg menganggap Arrasul adalah hanya sekadar khayalan dan manusia x mampu utk mengikuti..


Allah s.w.t berfirman dalam surah alkahfi bahawa rasulullah s.a.w menyebut sendiri bahawa baginda adalah seorang manusia yang diberi wahyu kepadanya..perkataan manusia adalah terlalu dekat dgn diri kita selaku manusia..seolah2nya ayat itu menyebut bahawa Allah mengutuskan seorang rasul yang juga manusia di kalangan kamu..bukanlah malaikat yg kamu tidak boleh dicontohi sama sekali..dan satu lagi ayat dari surah ali imran..rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jikalau kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah akan menyintai kamu. Ayat ini menunjukkan mengikuti rasulullah s.a.w adalah tidak mustahil kerana Rasulullah menyurh utk mengikutinya..


Oleh itu komen beliau itu sangat menarik dan seharusnya umat islam hari ini..kembali utk mencontohi nabi mereka s.a.w..bukan pada pakain..tapi pada akhlak, sirah perjalanan hidup baginda.. kerana baginda telah membawa sebuah manhaj dalam kehidupan baginda..dengan manhaj tersebut islam tertegak dan tersebar di seluruh dunia..


Maka Rasulullah s.a.w bukanlah contoh yg mustahil tapi contoh yg adil yg perlu kita ikuti dan kita contohi dalam setiap sudut kehidupan kita..


Wallahuaalam..


akhir kata..saya tinggalkan dengan sebuah nasyid lama..maulay oleh husayyan..



Wednesday, 9 June 2010

putaran kehidupan

bismillah..alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah waala ahlihi waman walah..

assalamualaikum dan semoga semua di bawah naungan Allah s.w.t..

sudah 2 minggu berlalu peperiksaan di mesir..harapnya semuanya najah2 belaka dengan bantuan Allah s.w.t..kali ini saya ingin kongsikan tentang putaran hidup..dalam kehidupan harian manusia di atas muka bumi..manusia sentiasa tunduk dan patuh kepada sunnah alam ini..antara sunnah alam yang sentiasa menemani manusia dan tidak pernah terpisah dengannya ialah putaran..

sedar tak sedar..dalam diri manusia sendiri terdapat aliran darah yang bermula dari atas ke bawah dan akhirnya naik keatas kembali..ia akan mengalami sebuah putaran dalam badan manusia setiap hari dan setiap detik..

sedar tak sedar juga putaran2 ini adalah perkara yang Allah s.w.t telah tetapkannya kepada manusia tanpa manusia boleh mengawalnya..bermula dari putran darah di dalam badannya sehinggalah putaran kehidupan seseorang tersebut..

kadang2 manusia berasa gembira dan terlalu gembira..ketahuilah yg ia akan berasa sedih suatu hari nanti..dan begitu jugaklah sebaliknya..begitu juga dengan kejayaan..kadang2 manusia berjaya dam peperiksaan..mungkin juga suatu hari dia akan gagal..kadang manusia berada di atas..suatu hari nanti dia akan berada di bawah..kadang2 manusia menjadi seorang yang kaya..dia juga akan menjadi seorang yang miskin suatu hari nanti..dan begitulah sebaliknya..tetapi semuanya bergantung kepada ketentuan dan ketetapan ALlah s.w.t..

contoh mudah yang saya berikan tentang apa yang saya perkatakan..( sepertimana cikgu sobri selalu mengajar saya karangan yang baik adalah karangan yang mempunyai apa mengapa dan bagaimana )..contoh kehidupan nabi Musa a.s..baginda pernah berasa gembira sewaktu berada di istana firaun..namun beliau juga telah merasa sedih pada suatu hari beliau hilang segala2nya apabila larikan diri ke kota madyan seorang diri..baginda pernah suatu hari berada dalam kesenangan yang teramat selaku menjadi putera kepada firaun..namun beliau pernah selepas itu melalui saat2 yang amat susah ketika dalam perjalan ke madyan selama 8 hari tanpa makan dan minum di padang pasir yang luas..Musa a.s juga pernah berada di atas..di tampuk pemerintah yang paling tinggi selaku putera firaun..namun baginda pernah berada di tempat yang peling bawah ketika sampai di bumi madyan dan menuggu sesiapa utk memberinya makan..dan begitulah kehidupan nabi musa a.s..dari suatu tempat ke suatu tempat..satu keadaan ke suatu keadaan..satu suasana ke satu suasana yang lain..namun putaran yang beliau hadapi banyak mengajar dan mentarbiyah baginda dan semuanya adalah utk berhadapan dengan firaun dan kaumnya sendiri..

pengajarannya ialah..jaganlah terlalu seronok, bangga, atau rasa sedih dan gundah gulana ( bak kata ust shahidi ) atau rasa sudah tiada harapan dalam hidup ini..sesungguhnnya kahidupan ini akan berputar..Allah berfirman dalam surah ali Imran maksdunya ( dan begitulah hari2 kami putarkan di kalangan manusia ) dan juga dalam surah al insyirah maksudnya ( sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan ) dan Allah ulanginya dua kali berturut..

apa yang saya ingin sampaikan..janganlah anda sesekali putus harapan dengan hidup dan berasa susah dengan hidup..ianya kaadng2 hanyalah sebagai putaran kehidupan utk menguji diri..atau sebagai tarbiyah utk mengangkat darjat..letaklah semua perkara yang berlaku dan sandarkannya kepada Allah..begitulah nabi Musa a.s dalam perjalanan hidupnya tidak pernah putus harapan dengan Allah..bahkan apa yang berlaku menjadikannya lebih kuat dan dekat berbanding sebelumnya..

saya kongsikan sebuah lagu yang berceritakan tentang putaran kehidupan dari jason mraz..life is wonderfull..selamat menghayati liriknya dan sentiasalah bergantung kepada Allah dalam susah dan senang..terimalah..huhu..

catat : ikram
mood : exam..