Sunday, 13 June 2010

risalah Rejab

Risalah awal rajab..kepada seluruh kaum muslimin..
Bismillahirrahmanirrahim..alhadmuliilah wassalatu wassalamua ala rasulillah wa ala alihi wa sahbihi waman walah..
Hari ini tiba lagi bulan rejab..setelah 21 tahun dalam hidup ini terasa ingin menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Banyak peluang dilepaskan pada tahun2 yg lalu. Tahun ini azam baru diikuti niat yg baru utk mempertingkatkan lagi bulan ramadhan tahun ini..
Kenapa saya menyebut tentang rajab. Sebab pada bulan rajab Rasulullah s.a.w sentiasa menyuruh kita berdoa
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Maksdunya : ya Allah berkatilah kami dalam bulan rajab dan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Marilah sama2 kita memohon supaya ditemukan dengan dengan bulan Ramadahn al Mubarak. Bulan yg Allah khususkan kepada umat Muhammad s.a.w supaya mereka kembali kepada tuhan mereka selepas setahun bergelomang dengan pelbagai maksiat itu dan ini.
Madrasah ramadhan memerlukan kepada penyediaan utknya sebagaimana kita bersedia pada awal tahun utk ke sekolah dengan baju sekolah, kasut beg dan sebagainya. Persediaan kepada Ramadahan perlu bermula awal supaya kita boleh mendapat pahala atau pangkat yang tinggi setelah Ramadhan berlalu pergi..oleh itu tersebut dalam riwayat bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada bulan Rajab dan Syaaban. Ianya sebagai persediaan utk menghadapi Ramadhan. Apabila tiba Ramadhan janganlah kita baru bermula utk menolak gear satu..tapi kita sudah mula bergerak dengan gear 3 supaya di hujung ramadhan nanti kita mampu sampai ke gear yang ke lima dan yang paling tinggi..
Ramadhan adalah peluang Allah kepada kita. Kalau Allah terus menyiksa kaum2 dulu apabila mereka melakukan kezaliman dan kefasadan maka umat Muhammad di tangguh azabnya. Maka Anggapalh penangguhan azab tersebut dengan Allah memberikan kepada kita melalui Ramadan dan dapat berpuasa padanya supaya kita dapat kembali kepada Allah kembali. Dan ingatlah jika Allah mengazab maka azabnya amatlah pedih.
Maka saya menyeru diri saya dan semua pembaca supaya kita mengambil niat dan azam yang baru utk Ramadhan tahun ini Dan bersedia mula dari bulan Rajab ini. Dengan penuh penyerahan diri keinsafan dan tawadhuk kepada Allah.
Apa yang saya cadangkan supaya ianya tidak menjadi kalam teorai semata2.
1. berpuasa paling kurang seminggu sekali Isnin atau khamis sapa yang menambah maka utk dirinya.
2. Solat tahajjud seminggu sekali pada bulan rejab ini.
3. Bermula utk membaca alquran sejuzu’ sehari dan sentiasa tingkatkan setiap seminggu.
4. Setiap hari bersedekah walau 25 sen.
5. Menjaga solat jamaah di masjid.
6. Menjaga solat sunat rawatib.
7. Beriadhah utk menjaga stamina badan.
8. Cuba mengurangkan pemakanan sedikit demi sedikit.
Dan lain2 lagi kebaikan dan ketaatan yang kita boleh lakukan. Sentiasalah mengajak rakan2 dan teman2 utk bersama2 kerana siapa yang menunjukkan satu kebaikan itu solah2 ia melakukannya.
Wahai saudaraku sekalian..apa yang kita inginkan ialah kita masuk syurga Allah bersama2 dengan amal taat kepada Allah s.w.t. dan ramadhan merupakan peluang yang terlalu besar kepada kita. Marilah kita bersedia utknya dari sekarang awal rajab.
Akhir kalam..semoga Allah sampaikan kita kpd bulan Ramadhan almubarak dan lalilatulqadr..aminn ya rabb..
Catatan : ikram..
Mood :happy Ramadhan..

No comments: