Wednesday, 21 September 2011

Penat dalam dakwah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Coretan kali ini adalah berkisahkan perbualan 2 orang akh yang pada suatu ketika terlalu banyak tugasan-tugasan yang diberikan sehingga letih. Sambil dalam keletihan dua orang akh ini bersembang tercetusnya lintasan iman saya pada kali ini.

Abdul : sungguh penat rasanya kita dalam jalan dakwah ini. Enta rasa apa yang ana rasa dalam fatrah ini?
Malik : ya, ana pon rasa apa yang enta rasa. Mungkin inilah awal jihad kita di jalan Allah. Ujian di medan yang kecil di Mesir ini.

Malik terus sambung lagi : tetapi enta perasan tak? Kita penat ni tak macam penat orang lain bekerja. Selalunya orang bekerja mereka akan tahu suatu hari nanti mereka akan habis dari kerja mereka. Maka mereka tahu kepenatan mereka akan terhenti pada waktu tersebut. Misalnya menjadi guru sekolah kerajaan. Sampai umur 50 lebih mereka akan pencen dan berehat di rumah maka terhentilah penat mereka.

Tetapi penat kita ini, sampai bila pon tak akan terhenti kecualilah kita menghembus nafas terakhir kita. Jadi kerja yang kita lakukan ini lagilah penat sebab tiada penghujungnya di dunia ini berbanding kerja-kerja yang lain. Mungkin inilah ertinya para rijal yang telah pergi, sering mengingatkan kita tentang panjangnya jalan ini dan memohon kepada kita supaya thabat atas jalan ini. Dan juga mereka sentiasa mengingatkan kita perjuangan kita sekarang ini dan jihad kita tatkala ini adalah perjuangan tarbiyah.

Teringat kata-kata syed Qutb r.a : sesungguhnya jalan ini sungguhlah susah, sesungguhnya jalan ini tidak dihamparkan dengan bunga tetapi dihamparkan dengan duri-duri.

Wahai saudara-saudaraku sekalian..

Sesiapa yang menyangka akan berehat suatu hari nanti selepas bekerja kuat sewaktu usia mudanya maka betulkanlah fahaman tersebut. Sesungguhnya, Saidina Abu Bakar Assiddiq r.a antara sahabat yang mula-mula memeluk Islam. Tetapi perjuangannya tidak terhenti selepas kewafatan Rasulullah. Bahkan dalam usianya yang tua, beliau mengambil amanah sebagai khalifah sampailah ke penghujung hayatnya.

Begitulah perjuangan yang sebenarnya, berterusan, tidak megenal penat lelah, hanya berhenti seketika di station minyak untuk mengisi minyak dan teruskan perjalanan semula.

Saya tinggalkan saudara dengan video kalam syed qutb yang sempat di rakam. Semoga bermanfaat.



Wassalam.