Friday, 27 February 2009

Rabiuul awal menjelma lagi..



Seringkali terdengar dendangan nasyid dari kumpulan nada murni apabila menjelangnya Rabiuul Awal demi menyambut kedatangan maulidurrasul s.a.w ..terasa sayu di hati ketika terkenangkan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dengan perjuangannya yang amat perit demi menyebarkan risalah Allah s.w.t.. beliau dicaci, ditohmah, diseksa, dan macam-macam perkara yang Baginda tanggug untuk umatnya..

Terdetik rasa sayu di hati apabila terkenangkan diri sendiri yang selama ini mnegaku umatnya tetapi tidak pernah menepati pengakuan tersebut..teringatkan perjuangan Baginda seolah2 sebilah pedang yang menusuk di kalbu ini kerana hanya sedikit ataupun tiada langsung pengorbanan diri ini terhadap Risalahnya.sedangkan, kitalah pewaris risalah agunnya, penyebar dakwah hakikinya, dan penyambung perjuangan peritnya..

Akhirnya terdetik dihati segengam keazaman untuk bangun dari kerehatan yang panjang ini dan telah liat segala otot badan ini untuk menjadi salah seorang dari kalangan mereka yang membawa Risalah ini, diuji sepertimana para Rasul diuuji..sebenarnya itulah keindahan hidup ini dan kemanisannya yang sebenar..

Di sini saya ingin memberikan dua tips untuk kita sama2 menghayati malidurrasul ini..

Yang pertama : marilah sama2 kita membaca dan menghayati kembali sirah Baginda s.a.w dengan membuka kitab2 dan buku2 sirah yang muktabar..supaya kita dapat hayati bersama kisah perjuangan baginda dari maulid Baginda sehinggalah wafatnya baginda..

yang kedua : marilah kita sama2 buktikan cinta keta kepada Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan sunnah Baginda s.a.w..

saya berharap dengan dua cara ini kita dapat menghayati kembali kisah perjuangan baginda dan juga azam kita akan kembali bangkit semua insyalah..ameennn...


1 comment:

Anonymous said...

Mantap ya akhi...marilah kita sama2 menghayati perjuangan Baginda untuk kita semua.agar benda ini menjada saksi kita di sisiALLAHnanti. InsyaALLAH...